Posts

Showing posts from July, 2021

Resepi Buah Timun susu buat tekak rasa sejuk

Image
Assalamualaikum anak anak,umi sangat teruja untuk posting kali ini. Pagi tadi umi dan ayah ke pasar, tiba tiba ternampak buah timun betik yang jarang jarang ada zaman sekarang ini. Seingat umi dan puluhan tahun umi tak makan buah ni. Teringat dulu dulu, buah ini banyak ditanam di batas batas bendang.  Sambil para pesawah berjalan pulang ke rumah setelah penat di bendang, mereka akan memetik buah ini untuk di makan buat sejuk anak tekak.Kalau dimakan buahnya sahaja ianya kurang manis, jadi haruslah ditambah bahan bahan yang lain supaya lebih sedap. Syukur, oleh kerana atuk masih bersama kita jadi umi akan beli dan sediakan juadah yang boleh membuatkan atuk teringat zaman dulu dulu. Alhamdulillah, rezeki atuk, adapun sebiji ja di pasar. Jom umi ajar bagaimana menyediakan buah timun betik yang disusukan ini.😁 Resepi timun betik susu Bahan Timun betik Gula Garam Santan@susu Susu pekat Ais batu Cara Campur semua mengikut citarasa anak tekak, dan gaul sebati. Lagi sejuk lagi sed

cucur udang rangup makan tepi bendang

Image
Cucur udang rangup   makan tepi bendang Adik jangan gugup Nanti umi datang Hai lemak manis ala amboi amboi Santan kelapa ala amboi amboi Cantik manis ala amboi amboi  Anak siapa? Surunglah papan tariklah papan  Buah keranji dalam perahu Disuruh makan dialah makan Disuruh mengaji dia tak tahu Hai lemak manis ala amboi amboi Santan kelapa ala amboi amboi Cantik lah manis ala amboi amboi Anak siapa? Hari ini umi lepaskan resepi cucur udang umi In shaa Allah rangup di luar lembut di dalam. Bila umi buat ja cucur udang ni, mesti ayah terkenang arwah atuk yang suka sangat cucur udang ni.  Kata ayah, arwah atuk akan suruh umi buat lagi dan lagi... Alhamdulillah antara banyak masakan umi, menu inilah yang arwah atuk suka.  Umi pun apa lagi suka la bila mak mertua suka makan. Orang lama halus reaksinya, dia tak pernah puji tapi kalau disuruh buat lagi dan lagi maknanya suka sangat la tu.😃 Ada beberapa resepi yang umi belajar dari memerhati atuk buat.  Umi kurang bertanya dari arwah

resepi masak pindang ikan kedera atuk

Image
Assalamualaikum anak anak umi, semoga bertambah Ilmu dan keberkatan Allah beri pada kita. Walau sebijak mana, semulia mana sejauh mana kita pergi di dunia ini, usah lupa  untuk mengagung, memuji dan menghadirkan dzat Allah dalam hati dan sanubari kita. Walau zaman kita berbeza namun jadilah anak anak yang punya jati diri yang kental. Sejauh mana kita berlari usahlah kita lupa pada asal dan awal kehidupan kita. Jadilah insan yang masih menjunjung sesuatu yang lama dan klasik kerana, tiada yang baru jika tiada yang lama. Hari ini umi lepaskan satu lagi resepi orang lama zaman berzaman sebelah utara Malaysia. Maklumlah sempena dengan kepulangan atuk ke kampung, memang umi akan masakkan menu kegemaran atuk dan umi juga iaitu pindang ikan kedera. Ikan kedera ni tidak selalunya ada di pasar ikan. Jadi kalau ada memang kena beli terus kalau tak memang susah nak jumpa lagi.  Ikan kedera ini lebih kurang sama dengan ikan belanak. Beza nya hanya pada muncung kepalanya sahaja. Kadang

resepi masak asam ikan termenung lengat

Image
Alhamdulillah, hari kemarin dan hari ini Allah mudahkan untuk umi menguruskan kebajikan atuk. Bergilir dengan bibik dalam menguruskan keperluan atuk merasakan kesukaran semakin menjadi kecil kerana Allah ganti dengan kemudahan. Subhanallah...Semoga hari hari mendatang Allah titipkan lagi kemudahan. Banyak sebenarnya umi belajar tentang mengurus walaupun umi tidak sempurna dan bertatih dalam mengurus atuk.  Namun Allah punya perancangan pada umi dan seluruh keluarga tentang hal ini. Ada inti yang Allah mahu seluruh ahli keluarga umi perolehi iaitu menghargai setiap saat dan bersyukur dengan nikmat kasih sayang ini.  Allah mahu meletakkan dalam jiwa kita bahawa besarnya kasih sayang kita pada atuk masih belum setanding kasih sayang atuk pada kita.  Oleh itu kita jangan pernah berpuas hati membuat kebaikan pada insan yang nernama atuk. Hari ini umi masuk lauk kegemaran atuk suatu ketika dahulu, umi dan adik beradik umi juga suka sangat menu lauk ini. Apabila masak menu ini ter

Resepi Air Asam kenduri@kerisik

Image
Assalamualaikum anak anak, Selamat Hari Raya Aidil Adha umi ucapkan, semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah. Hari ini sempena Hari Raya Aidil Adha tahun 1442 Hijrah, umi nak lepaskan satu lagi resepi orang lama.  Menu ini sentiasa dihidangkan di majlis perkahwinan dan hari raya.  Sebenarnya umi nak cerita yang umi masak set nasi kenduri untuk menu hari raya kali ini. Set nasi tomato, tapi untuk kali ini umi nak kongsi resepi air asam kerisik@kenduri.  Air asam kerisik ini sangat popular di sebelah utara Malaysia.  Kalau makan nasi kenduri@nasi tomato tak boleh kalau tak dak air asam, sikit pun jadilah.  Kalau ada banyak lagi la berkali kali tambah. Teringat makan zaman kenduri dulu dulu, hidang dalam talam, 4 orang satu talam, minum air sirap merah, ishhh memang terkenang kenduri dulu dulu. Umi cuba nasib dalam stor kut kut la jumpa yang berkenan di hati.  Alhamdulillah dalam dok mencari tu terjumpa la talam@dulang bulat legend tinggalan arwah atuk ni.  Bertambah la selera

Resepi ikan selangat Lengat atuk

Image
Assalamualaikum anak anak, posting kali ini, umi nak lepaskan satu lagi resepi turun temurun dari orang tua tua lingkungan keluarga umi iaitu resepi ikan selangat lengat. Resepi ini umi dapat dari atuk gayah, mak umi. Waktu atuk sihat dulu, atuk suka sangat bercerita tentang kisah zaman mudanya. Atuk suka berkongsi resepi tetapi sayang atas kecuaian umi, umi ambil ringan dan tidak mencatat segala resepi dan petua atuk, maklumlah waktu itu umi masih bersekolah rendah, fikiran masih banyak bermain.  Tetapi Alhamdulillah resepi ini, umi ingat sehingga sekarang. Apabila umi ke pasar dan ternampak ikan selangat ini, umi akan terus beli untuk dibuat lengat. Kata atuk, orang dulu tak ada peti sejuk jadi ikan selangat ni antara ikan Yang sangat murah jadi lebihannya akan dilengat agar tahan lama.  Apabila digoreng Subhanallah, memang rapuh dan tulangnya yang banyak boleh digigit dan dimakan sekali. Tak perlu dibuang sisik hanya buang isi perutnya sahaja. Dulu kala, kehidupan serba

sukun goreng cicah gula makanan atuk dulu dulu

Image
Posting kali ini umi bawa anak anak untuk kenal dan rasa buah sukun goreng cicah gula.  Biar anak anak tahu apa rasa buahnya. Alhamdulillah anak anak umi suka dengan sukun goreng ini. Sukun goreng ini makanan ruji umi & ayah waktu kecil dulu sewaktu makan pagi dan petang.  Bunyi buah sukun jatuh dapat didengar sehingga dalam rumah. Sekarang ini anak anak muda kebanyakannya tidak mengenali buah yg enak ini.  Hanya terdapat di kawasan kampung sahaja.  Kalau jiran bagi jangan tolak sebab nanti rugi, susah nak dapat. Sekarang umi sekali lagi lepaskan resepinya. Resepi sukun goreng cicah gula Bahan Buah sukun Serbuk kunyit Sedikit garam Minyak untuk menggoreng Gula untuk cicah Cara 1. Buah sukun dihiris tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. 2. Buah sukun yang dipotong digaul bersama garam dan serbuk kunyit. 3. Bolehlah menggoreng sehingga keperangan. 4. Boleh dihidang bersama gula putih dan perang. Selamat mencuba, lagi best makan tepi bendangkan. Hidang d

Resepi Lala bersos tiram makan dengan nasi panas.

Image
Resepi Lala bersos tiram ini cerita asalnya umi dan ayah suka sangat makan di kedai makan di Changlun. oleh kerana kerap sangat ke situ dan selalu memilih menu lala bersos tiram ini, jadi ayah suruh umi buatkan sendiri di rumah, kebetulan lidah ayah ni sangat tajam tunas rasanya, Alhamdulillah Allah izinkan kelebihan itu pada ayah, teringat sangat waktu arwah atuk masih ada, atuk akan panggil ayah untuk merasa masakannya. Hanya dengan merasa ayah boleh tahu apakah bahan yang dimasukkan dalam sesuatu makanan.  Pertama kali umi mencuba Alhamdulillah, rasanya sama macam di kedai yang selalu kami berdua makan. Nak tanya daripada tuan kedai malu rasanya sebab ya la kan orang berniaga, kita tak mahu ganggu hati dan perasaanya. Alhamdulillah, hari ini sudah sampai masa untuk umi lepaskan resepi ini untuk manfaat bersama. Kebetulan balik cuti di Malaysia, bahan bahannya sangat segar hanya di belakang rumah sahaja.  Semoga bermanfaat ❤️. Resepi Lala bersos tiram Bahan Sekilo Lala Serbuk