Resepi Air Asam kenduri@kerisik
Hari ini sempena Hari Raya Aidil Adha tahun 1442 Hijrah, umi nak lepaskan satu lagi resepi orang lama. Menu ini sentiasa dihidangkan di majlis perkahwinan dan hari raya. Sebenarnya umi nak cerita yang umi masak set nasi kenduri untuk menu hari raya kali ini.
Set nasi tomato, tapi untuk kali ini umi nak kongsi resepi air asam kerisik@kenduri. Air asam kerisik ini sangat popular di sebelah utara Malaysia. Kalau makan nasi kenduri@nasi tomato tak boleh kalau tak dak air asam, sikit pun jadilah. Kalau ada banyak lagi la berkali kali tambah.
Teringat makan zaman kenduri dulu dulu, hidang dalam talam, 4 orang satu talam, minum air sirap merah, ishhh memang terkenang kenduri dulu dulu.
Umi cuba nasib dalam stor kut kut la jumpa yang berkenan di hati. Alhamdulillah dalam dok mencari tu terjumpa la talam@dulang bulat legend tinggalan arwah atuk ni. Bertambah la selera makan dalam talam ni sambil terkena angin sepoi sepoi dari bendang. Semoga Allah merahmati arwah atuk di alam sana.
Resepi Air asam kerisik@kenduri utara
Bahan
Bawang besar
Cabai hidup
Cabai melaka
Belacan
Buah tomato
Kerisik
Air asam jawa
Sos cili
Sos tomato
Garam
Gula
Cara
1. Potong bahan bahan di atas dan campur dengan semua bahan yang lain.
2. Air asam, belacan , sos cili, sos tomato, gula , garam dan kerisik perlu dalam kuantiti yang seimbang agar tidak terlebih dan terkurang.
Menu orang lama jarang ada sukatan kerana mereka masak dari hati dan kasih sayang. Kadang kadang mereka campak campak saja tapi air tangan orang lama memang sedap buat kita teringat ingat. Selamat mencuba ya anak anak.
Dulu masa kecil, umi selalu mengimpikan rumah di tepi bendang, duduk atas pondok sambil makan, kena pulak tiupan amgin bendang yang sepoi sepoi...
Comments
Post a Comment