Bicara Allah dalam Al Quran
Tafser & Tadabbur surah Al Mursalat
Ibnu Masud Radhiyallahuanhu berkata, semasa mereka bersama Nabi Saw di satu gua di Mina, surah Al Mursalat telah diwahyukan kepada Nabi Saw. Nabi Muhammad Saw telah membaca surah Al Mursalat, ayat demi ayat.
Ibnu Masud berkata,
Aku belajar terus daripada mulut Nabi Saw selepas baginda membaca surah tersebut.
Para sahabat belajar ayat Quran yang diwahyukan melalui Jibrail kepada Nabi Saw dengan mendengar sendiri daripada Baginda.
Ibnu Masud berkata,
*Semasa Baginda Nabi Saw membaca surah Al Mursalat, seekor ular melompat keluar ke arah mereka lalu baginda Nabi Saw berkata, bunuhlah ia.*
Ini kerana ular itu hampir sampai ke arah mereka.
Ibnu Masud berkata,
*Kami dengan cepat mengejar ular itu, tetapi ia telah melarikan diri*
Lantas Nabi Saw berkata,
*Ia telah selamat dari bahaya kamu seperti mana kamu selamat dari bahayanya.*
Hadis Riwayat Bukhari
Ibnu Abbas berkata,
*Ibuku (ummu Fadl), telah mendengar aku membaca surah Al Mursalat lalu ibuku berkata,
Oh anakku, demi Allah bacaan engkau membuatkan aku teringat kepada satu surah yang terakhir dari Nabi Saw dan Nabi Saw membacanya semasa solat Maghrib.*
Surah Al Mursalat adalah surah terakhir yang dibaca oleh Nabi Saw. Dan surah ini dianjurkan dihafal dan dibaca dalam solat.
Wallahu'lam
#musafirtarbiyyahjiwa ❤️
* Via Al-Qur'an Melayu https://quranmelayu.com
Rujukan: Ustazah Taimiyyah Zubir
Susun kata: Nor Fazilah Samsudin @luqmasail
Tafsir &Tadabbur surah Al Mursalat ayat 1
--------------------------------------------------------------------------
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَا لْمُرْسَلٰتِ عُرْفًا
wal-mursalaati 'urfaa
"Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan berturut-turut (menjalankan tugasnya),"
(QS. Al-Mursalat 77: Ayat 1)
Ulamak Tafsir menyatakan ayat ini, merujuk kepada Malaikat atau Nabi tetapi majoriti mentafsir ayat ini adalah merujuk kepada (Angin)
Di dalam ayat ini Allah Swt bersumpah demi (makhluk -makhluk) yang dihantar untuk melaksana tugas mereka bagi mengirim عرف.
Di dalam ayat ini عرف bermaksud:
1.Sesuatu yang baik
2. Hembusan yang berterusan
*Membawa penghuraian, demi makhluk yang membawa sesuatu yang baik dan berterusan atas perintah Allah SWT. Setiap perintah yang Allah perintahkan kepada malaikat adalah baik kerana perintah itu datangnya dari Allah Azawajalla.
Merujuk kepada (Angin) yang dikirim, bagaimana angin dikirim?
Mereka dikirim sebagai عرف, membawa maksud secara hembusan demi hembusan yang mendamaikan dan menenangkan.
Angin tidak berhembusan dengan sendirinya, hembusan angin adalah datang daripada satu kuasa yang perkasa iaitu perintah Allah. Oleh itu kita dilarang untuk membenci (Angin) dengan menyumpah dan mengeluarkan kata kata kesat kerana Nabi kita Baginda Saw telah menjelaskan bahawa Angin adalah Ma'murah iaitu datangnya adalah dengan perintah Allah.
Hembusan Angin (عرف) mempunyai alasan alasan yang Allah qadarkan. Ia mempunyai peranan dalam sebahagian sistem ekosistem bumi. Setiap sesuatu yang Allah cipta mempunyai tujuan dan bermanfaat kepada seluruh alam, membawa maksud hembusan Angin adalah (sumber kepada kebaikan).
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَاَ رْسَلْنَا الرِّيٰحَ لَوَا قِحَ فَاَ نْزَلْنَا مِنَ السَّمَآءِ مَآءً فَاَ سْقَيْنٰكُمُوْهُ ۚ وَمَاۤ اَنْتُمْ لَهٗ بِخٰزِنِيْنَ
"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya."
(QS. Al-Hijr 15: Ayat 22)
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَهُوَ الَّذِيْ يُرْسِلُ الرِّيٰحَ بُشْرًاۢ بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهٖ ۗ حَتّٰۤى اِذَاۤ اَقَلَّتْ سَحَا بًا ثِقَا لًا سُقْنٰهُ لِبَلَدٍ مَّيِّتٍ فَاَ نْزَلْنَا بِهِ الْمَآءَ فَاَ خْرَجْنَا بِهٖ مِنْ كُلِّ الثَّمَرٰتِ ۗ كَذٰلِكَ نُخْرِجُ الْمَوْتٰى لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)."
(QS. Al-A'raf 7: Ayat 57)
Allah SWT adalah Dzat yang membawa rahmat dan kasih sayang kepada semua makhluk ciptaanNya. Apakah tanda kasih sayang Allah? Allah telah menurunkan hujan sebagai rahmat kepada alam yang memberi manfaat kepada semua makhluk.
Di dalam ayat ini, Angin adalah sumber kepada sistem hujan, sebelum terjadinya hujan, angin berhembusan berterusan sehinga qadar yang Allah tetapkan. Kita juga dapat merasai kedatangan hembusan angin yang seterusnya membawa air hujan, kelembapan dan kesejukan. Akibat daripada proses ini ia membawa kepada perubahan cuaca dan musim seterusnya memberi kesan kepada proses pendebungaan tanaman, pertumbuhan tanaman, makanan dan ekonomi manusia di bumi.
Begitu juga halnya dengan para musafir di lautan, sejarah telah membuktikan sehingga kini, bahawa pelayaran kapal kapal kecil dan besar di lautan adalah datangnya daripada manfaat hembusan angin yang dikawal oleh malaikat atas perintah Allah Azawajalla.
Wallahu'lam
#musafirtarbiyyahjiwa ❤️
Rujukan: Ustazah Taimiyyah Zubir
susun kata: Nor Fazilah Samsudin, @luqmasail
Tafsir dan Tadabbur Surah Al Mursalat ayat 2
--------------------------------------------------------------------------
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
فَا لْعٰصِفٰتِ عَصْفًا
fal-'aashifaati 'ashfaa
"Juga yang merempuh mara dengan sekencang-kencangnya,"
(QS. Al-Mursalat 77: Ayat 2)
Ayat ini juga membawa maksud Allah bersumpah dengan ciptaannya, "Demi malaikat yang terbang dengan kencang".
Dalam ayat ini Allah menerangkan tentang pergerakan malaikat yang sangat kencang, bagaimanakah pergerakan itu? Ianya seperti angin yang kencang dan laju. Ini menjelaskan kepada kita bahawa para malaikat sentiasa patuh, taat dan cepat dalam melaksanakan perintah Allah. Mereka tidak bertangguh dalam mentaati perintah Allah, mereka tidak perlahan malah mereka bertindak dengan cepat dan laju.
Merujuk kepada ayat pertama sebelum ini, kalimah عرف menjelaskan tentang pergerakan angin yang tenang dan nyaman, selesa dan dingin sehingga dapat memberikan nikmat hidup kepada tanaman mati dan tanah yang tandus dengan membawa awan dan seterusnya menurunkan hujan, manakala ayat ini pula menerangkan kepada kita tentang pergerakan angin yang kencang sehingga kadangkala mampu menakutkan kita.
Itulah antara utusan angin yang Allah perintahkan dalam bentuk nyaman dan kadangkala membuat kita seram akan kedatangannya kerana ia mampu memusnahkan kita dalam sekelip mata.
Semuanya Rahsia Allah di dalam kerajaanNya Allah.
Wallahu'lam
#musafirtarbiyyahjiwa ❤️
Rujukan : Ustazah Taimiyyah Zubir
Susun kata: Nor Fazilah Samsud
Comments
Post a Comment