Resepi Buah Timun susu buat tekak rasa sejuk

Assalamualaikum anak anak,umi sangat teruja untuk posting kali ini. Pagi tadi umi dan ayah ke pasar, tiba tiba ternampak buah timun betik yang jarang jarang ada zaman sekarang ini. Seingat umi dan puluhan tahun umi tak makan buah ni. Teringat dulu dulu, buah ini banyak ditanam di batas batas bendang.  Sambil para pesawah berjalan pulang ke rumah setelah penat di bendang, mereka akan memetik buah ini untuk di makan buat sejuk anak tekak.Kalau dimakan buahnya sahaja ianya kurang manis, jadi haruslah ditambah bahan bahan yang lain supaya lebih sedap. Syukur, oleh kerana atuk masih bersama kita jadi umi akan beli dan sediakan juadah yang boleh membuatkan atuk teringat zaman dulu dulu. Alhamdulillah, rezeki atuk, adapun sebiji ja di pasar. Jom umi ajar bagaimana menyediakan buah timun betik yang disusukan ini.😁

Resepi timun betik susu

Bahan
Timun betik
Gula
Garam
Santan@susu
Susu pekat
Ais batu

Cara
Campur semua mengikut citarasa anak tekak, dan gaul sebati. Lagi sejuk lagi sedap. Ingat ya bijinya harus dibuang.

Kalau jumpa buah ini, umi terus beli tak fikir panjang sebab menggamit memori lama...
Selamat mencuba 
susah nak jumpa tapi masih ada 
rasa sejuk saja anak tekak bila makan ni sambil terkenang semasa dulu😀

Comments

Popular posts from this blog

Salam perkenalan dari Madain Salleh

Kisah Raya di Arab Saudi