sukun goreng cicah gula makanan atuk dulu dulu


Posting kali ini umi bawa anak anak untuk kenal dan rasa buah sukun goreng cicah gula.  Biar anak anak tahu apa rasa buahnya. Alhamdulillah anak anak umi suka dengan sukun goreng ini. Sukun goreng ini makanan ruji umi & ayah waktu kecil dulu sewaktu makan pagi dan petang.  Bunyi buah sukun jatuh dapat didengar sehingga dalam rumah. Sekarang ini anak anak muda kebanyakannya tidak mengenali buah yg enak ini.  Hanya terdapat di kawasan kampung sahaja.  Kalau jiran bagi jangan tolak sebab nanti rugi, susah nak dapat. Sekarang umi sekali lagi lepaskan resepinya.

Resepi sukun goreng cicah gula

Bahan
Buah sukun
Serbuk kunyit
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Gula untuk cicah

Cara
1. Buah sukun dihiris tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.
2. Buah sukun yang dipotong digaul bersama garam dan serbuk kunyit.
3. Bolehlah menggoreng sehingga keperangan.
4. Boleh dihidang bersama gula putih dan perang.

Selamat mencuba, lagi best makan tepi bendangkan.
Hidang dalam pinggan mangkuk legend lagi rasa nostalgia kan 😄
Hasil kampung tak pernah tak sedap, sedap sentiasa😋

Comments

Popular posts from this blog

Salam perkenalan dari Madain Salleh

Kisah Raya di Arab Saudi