Resepi ikan selangat Lengat atuk
Assalamualaikum anak anak, posting kali ini, umi nak lepaskan satu lagi resepi turun temurun dari orang tua tua lingkungan keluarga umi iaitu resepi ikan selangat lengat.
Resepi ini umi dapat dari atuk gayah, mak umi. Waktu atuk sihat dulu, atuk suka sangat bercerita tentang kisah zaman mudanya. Atuk suka berkongsi resepi tetapi sayang atas kecuaian umi, umi ambil ringan dan tidak mencatat segala resepi dan petua atuk, maklumlah waktu itu umi masih bersekolah rendah, fikiran masih banyak bermain. Tetapi Alhamdulillah resepi ini, umi ingat sehingga sekarang. Apabila umi ke pasar dan ternampak ikan selangat ini, umi akan terus beli untuk dibuat lengat.
Kata atuk, orang dulu tak ada peti sejuk jadi ikan selangat ni antara ikan Yang sangat murah jadi lebihannya akan dilengat agar tahan lama. Apabila digoreng Subhanallah, memang rapuh dan tulangnya yang banyak boleh digigit dan dimakan sekali. Tak perlu dibuang sisik hanya buang isi perutnya sahaja.
Dulu kala, kehidupan serba kekurangan tapi masih bahagia.
Silalah mencuba resepi ini ya. Mana tahu nanti tiba giliran anak anak untuk jaga umi dan ayah, umi boleh la order pada anak anak.🤭
Resepi ikan selangat lengat atuk cara utara
Bahan
Ikan selangat
Garam
Asam keping
Air
Cara
1. Ikan selangat dibuang isi perut sahaja, dicuci.sisik jangan dibuang.
2. Masukkan ikan ke dalam periuk bersama sedikit garam, asam keping dan air sehingga tenggelam ikan.
3. Tutup periuk dan lengat sehingga air kering dengan api yang perlahan supaya tidak hangus.
4.Selepas air kering, biarkan sejuk. Boleh di biar di luar atau di masuk dlm peti ais utk lebih tahan lama.
5. Bolehlah menggoreng segingga garing.Ikan lengat ini sangat sedap dimakan panas panas, bila sejuk kurang ummmpp sikit.😁
Selamat mencuba resepi umi dan atuk ❤️Semoga ada manfaat.
Dulu kadang diberi percuma sahaja ikan ini, sekarang sekilo rm 6.
Comments
Post a Comment