cucur udang rangup makan tepi bendang
Cucur udang rangup
makan tepi bendang
Adik jangan gugup
Nanti umi datang
Hai lemak manis ala amboi amboi
Santan kelapa ala amboi amboi
Cantik manis ala amboi amboi
Anak siapa?
Surunglah papan tariklah papan
Buah keranji dalam perahu
Disuruh makan dialah makan
Disuruh mengaji dia tak tahu
Hai lemak manis ala amboi amboi
Santan kelapa ala amboi amboi
Cantik lah manis ala amboi amboi
Anak siapa?
Hari ini umi lepaskan resepi cucur udang umi In shaa Allah rangup di luar lembut di dalam.
Bila umi buat ja cucur udang ni, mesti ayah terkenang arwah atuk yang suka sangat cucur udang ni. Kata ayah, arwah atuk akan suruh umi buat lagi dan lagi... Alhamdulillah antara banyak masakan umi, menu inilah yang arwah atuk suka. Umi pun apa lagi suka la bila mak mertua suka makan.
Orang lama halus reaksinya, dia tak pernah puji tapi kalau disuruh buat lagi dan lagi maknanya suka sangat la tu.😃
Ada beberapa resepi yang umi belajar dari memerhati atuk buat. Umi kurang bertanya dari arwah atuk sebab kalau berulang tanya atuk akan penat bercakap, jadi mata dan aqal kena tajam melihat dan mengingat. Alhamdulillah semua dengan izin Allah dapatlah juga umi warisi beberapa resepi masakan atuk. 5 tahun arwah atuk bersama umi duduk diam sebumbung bukanlah jangkamasa yang sekejap. Allah izinkan kerana Allah nak titipkan tarbiyah buat umi belajar erti sabar dan bersyukur agar kelak boleh digunapakai pengalaman dan ilmu ini.
Tetapi cucur udang ini adalah resepi original umi sewaktu eksperimen di dapur.
Resepi cucur udang umi
Bahan
Tepung gandum-500g
Udang-ikut suka
*Cabai merah-1 batang hiris nipis
Taugeh-ikut banyak mana suka
*Daun kucai-ikut banyak mana nak
*Bawang besar-2 biji besar
1 caw Air mendidih
1 s/k serbuk kunyit untuk warna kuning yang cantik.
Garam secukup rasa
Air sejuk sebagai tambahan.
Caranya
1. Potong semua bahan yang diperlukan.
2. Gaul bahan tadi bersama udang dan tepung.
3. Masukkan kunyit dan garam ke dalam air panas mendidih dan kacau sehingga larut.
4. Tuangkan campuran air tadi ke dalam tepung dan bahan hirisan tadi.
5. Gaul hingga sebati, masukkan air biasa lagi sedikit demi sedikit agar tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras untuk membentuknya.
6. Akhir sekali bolehlah menggoreng dalam minyak yang banyak.
Dah siap bolehlah dihidangkan bersama kuah kacang. In Shaa Allah nanti umi kongsikan resepi kuah kacang arwah atuk selaku orang lama.
Selamat mencuba ya anak anak.❤️
Comments
Post a Comment