Movie Night anak remaja for farewell
Nak jemput kawan kawan untuk movie night", kata mereka.
Umi layankan saja dengan syarat umi tidak turut serta dalam event ini. Fikir lah sendiri tentang segala persiapan agar kawan rasa dihargai dan seronok nak datang lagi. ☺️
Kata mereka, selepas ini entah bila lagi berpeluang merakam memori dan detik bahagia bersama rakan yang mereka rasakan istimewa dan selesa. Masing masing akan berjauhan selepas ini membawa hala tuju yang tertulis.
Demi kawan kawan yang istimewa mereka sanggup, itulah dunia anak remaja. Umi tidak melarang malah menghargai dan menghormati persahabatan kalian, cukup hanya sedikit panduan, kerana umi juga pernah punya rakan taulan suatu ketika dulu, kini dan selamanya.
Umi tidak mengharapkan kesempurnaan dari kalian kerana umi pun tidak pernah sempurna. Andai sempurna yang dikejar maka tidaklah Allah jadikan dunia kerana dunia sifatnya memang tidak akan pernah sempurna, tetapi Allah jadikan syurga yang penuh dengan kesempurnaan kelak supaya kita sabar di dunia dalam meraih kesempurnaan di sana.
Semua isi rumah ada sumbangan dalam ini panggung, si ilyas pun menyumbang juga, sumbang deria lidahnya merasa semua menu.☺️ðŸ¤
MasyAllah Tabarakallah...
Semoga Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin memelihara mereka dan rakan taulan mereka di mana saja mereka berada. ❤️
red velvet cookies dari kakak safiyyah, In Shaa Allah nanti kita boleh open order untuk menu hari raya
Biskut Dam kakak Mawaddah yang tertangguh sejak Hari raya pertama, suka dia dapat makan biskut air tangan sendiri.
umi biarkan saja kakak safiyyah setkan meja juadah sendiri, jadi la kan...standard anak remaja, Alhamdulillah...syabas.. ❤️
Bendera Malaysia ehsan daripada rakan mereka, memang tak sabar anak anak ni nak balik Malaysia..
Comments
Post a Comment