resepi masak pindang ikan kedera atuk

Assalamualaikum anak anak umi, semoga bertambah Ilmu dan keberkatan Allah beri pada kita. Walau sebijak mana, semulia mana sejauh mana kita pergi di dunia ini, usah lupa  untuk mengagung, memuji dan menghadirkan dzat Allah dalam hati dan sanubari kita.

Walau zaman kita berbeza namun jadilah anak anak yang punya jati diri yang kental. Sejauh mana kita berlari usahlah kita lupa pada asal dan awal kehidupan kita. Jadilah insan yang masih menjunjung sesuatu yang lama dan klasik kerana, tiada yang baru jika tiada yang lama.
Hari ini umi lepaskan satu lagi resepi orang lama zaman berzaman sebelah utara Malaysia. Maklumlah sempena dengan kepulangan atuk ke kampung, memang umi akan masakkan menu kegemaran atuk dan umi juga iaitu pindang ikan kedera.
Ikan kedera ni tidak selalunya ada di pasar ikan. Jadi kalau ada memang kena beli terus kalau tak memang susah nak jumpa lagi.  Ikan kedera ini lebih kurang sama dengan ikan belanak. Beza nya hanya pada muncung kepalanya sahaja. Kadang kadang umi pun tersasul.  Jadi untuk mendapat kepastian lebih baik bertanya pada yang arif sipenjual ikan. Ikan kedera ini banyak sangat sisik nya.  Kalau dibuat masin tidak perlu dibuang sisik tetapi untuk masak pindang perlulah dibuang sisiknya. Ada yang panggil singgang tetapi sebelah utara kita namakan pindang dan cara masakannya sangatlah mudah.

Resepi pindang ikan kedera
Bahan
Ikan kedera
Serai
Halba
Bawang merah
Bawang putih
Asam keping
Garam 
Kunyit
Garam
Serbuk perasa(wajib untuk sedapkan lagi)
Cara
Gaul ikan bersama garam kunyit
Sekarang ikan ni sekilo dah berbelas ringgit
Tumis bahan bahan di atas terlebih dahulu, apabila wangi layu masukkan ikan, garam dan serbuk perasa. Apabila ikan sudah masak boleh lah dihidangkan.

Makan dengan nasi panas tepi bendang fuhhh tak sedar nasi seperiuk habis.🤭😋

Duduk di kampung, semua bahan segar bugar.

Selamat mencuba ya anak anak❤️


Comments

Popular posts from this blog

Salam perkenalan dari Madain Salleh

Kisah Raya di Arab Saudi