Resepi Lala bersos tiram makan dengan nasi panas.
Resepi Lala bersos tiram ini cerita asalnya umi dan ayah suka sangat makan di kedai makan di Changlun. oleh kerana kerap sangat ke situ dan selalu memilih menu lala bersos tiram ini, jadi ayah suruh umi buatkan sendiri di rumah, kebetulan lidah ayah ni sangat tajam tunas rasanya, Alhamdulillah Allah izinkan kelebihan itu pada ayah, teringat sangat waktu arwah atuk masih ada, atuk akan panggil ayah untuk merasa masakannya. Hanya dengan merasa ayah boleh tahu apakah bahan yang dimasukkan dalam sesuatu makanan. Pertama kali umi mencuba Alhamdulillah, rasanya sama macam di kedai yang selalu kami berdua makan. Nak tanya daripada tuan kedai malu rasanya sebab ya la kan orang berniaga, kita tak mahu ganggu hati dan perasaanya. Alhamdulillah, hari ini sudah sampai masa untuk umi lepaskan resepi ini untuk manfaat bersama. Kebetulan balik cuti di Malaysia, bahan bahannya sangat segar hanya di belakang rumah sahaja. Semoga bermanfaat ❤️.
Resepi Lala bersos tiram
Bahan
Sekilo Lala
Serbuk kunyit
Garam
Jintan manis
Bawang kecil
Bawang putih
Daun kari
Serai
Sos tiram
Gula
Cara
1. Gaulkan lala dengan serbuk kunyit dan garam
2. Tumis sedikit bawang besar, bawang putih serai, daun kari, jintan manis sehingga wangi.
3. Masukkan lala yang digaul bersama kunyit dan garam tadi.
4. Masukkan sos tiram, cili merah, gula.
5. Masukkan lagi daun kari untuk lebih wangi, kacau sehingga lala masak.
Taraaaaa....dah siap, makan dengan nasi panas, fuhhh tak pandang kiri kanan. Jangan lupa bekas letak kulit lala, nanti penuh pinggan makan pula.ðŸ¤
Selamat mencuba anak anak
ReplyDelete