resepi masak asam ikan termenung lengat


Alhamdulillah, hari kemarin dan hari ini Allah mudahkan untuk umi menguruskan kebajikan atuk. Bergilir dengan bibik dalam menguruskan keperluan atuk merasakan kesukaran semakin menjadi kecil kerana Allah ganti dengan kemudahan. Subhanallah...Semoga hari hari mendatang Allah titipkan lagi kemudahan.

Banyak sebenarnya umi belajar tentang mengurus walaupun umi tidak sempurna dan bertatih dalam mengurus atuk.  Namun Allah punya perancangan pada umi dan seluruh keluarga tentang hal ini. Ada inti yang Allah mahu seluruh ahli keluarga umi perolehi iaitu menghargai setiap saat dan bersyukur dengan nikmat kasih sayang ini.  Allah mahu meletakkan dalam jiwa kita bahawa besarnya kasih sayang kita pada atuk masih belum setanding kasih sayang atuk pada kita.  Oleh itu kita jangan pernah berpuas hati membuat kebaikan pada insan yang nernama atuk.

Hari ini umi masuk lauk kegemaran atuk suatu ketika dahulu, umi dan adik beradik umi juga suka sangat menu lauk ini. Apabila masak menu ini teringat waktu kecil dulu dulu.

Resepi
Masak asam ikan kembung@termenung lengat

Bahan bahannya

Ikan kembung@termenung lengat(boleh dibeli di kedai kedai@buat sendiri)
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Cili hidup/merah besar
Cili melaka
Air asam
Gula 
Garam

Cara nya
1. Goreng dahulu ikan termenung@kembung lengat, jangan terlalu garing.ketepikan.
2. Hiris semua bahan tumis.
3. Tumis bahan tumisan, masukkan air asam, gula dan garam.
4. Akhir sekali masukkan ikan dan balik balikkan supaya rasa sebati.

Dah siap bolehlah dimakan dengan nasi panas.
Selamat mencuba ya anak anak 

Comments

Popular posts from this blog

Salam perkenalan dari Madain Salleh

Kisah Raya di Arab Saudi