"Pada Ibubapa itu, ada jihad kita sebagai anak anak"

Ibuku ini Subhanallah dengan izinMu seorang yang baik, amanah, bertanggungjawab, kental dan bak kata semua sifat Mahmudah ada padanya, sungguh banyak jasanya kepada kami 6 beradik anak anaknya
Waktu sihatnya sentiasa menyayangi semua, anak, menantu, cucu dan keturunannya dan sanggup mempertahankan hak hak keturunannya.
Waktu kuatnya, dialah pemberi semangat, motivasi, kata kata hikmah kepada siapa sahaja yang meminta.
Pengalaman hidupnya adalah semangat dalam memberi kekuatan hidup anak anaknya.
Ibuku ini Subhanallah adalah anak yang baik, mengambil tanggungjawab menjaga arwah ibunya sehingga ke nafas terakhir.
Oleh itu ya Allah, sayangilah ibuku sepertimananya ibuku menyayangi kami sejak di dalam perutnya lagi.
Ampunilah segala dosanya, masukkanlah ibuku dalam syurga yang engkau miliki. Muliakanlah ibuku di dunia, dan di akhirat. Permudahkanlah urusannya, urusan anak anaknya dalam menyantuninya. Di saat kami hambaMu tidak mampu hanya Engkau sajalah yang dapat mengubah sesuatu yang sukar menjadi mudah. Angkatkanlah rasa sakitnya di dunia, ringankanlah ujiannya di dunia. Engkau lah tempat sebaik baik permohonan dipanjatkan.
Ya Allah, jika masih ada kesempatan untuk aku menyantuni dan berbakti padanya, maka engkau gerakkanlah dan mudahkanlah apa sahaja untuk mendekatkan diriku padanya, jika sebaliknya Aku hanya berserah padaMu. Di saat aku hambaMu yang hina ini tidak mampu, maka Engkau jadikan hati aku melakukan semuanya untuk mendapat rahmat dan redhaMu Ya Allah.

Assalamualaikum wrt wbt

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون

Telah gugur permata hati, syurga kami 6 beradik, ibu yang tercinta juga banyak jasa dan pengorbanannya yang ikhlas kepada kami.

Tanggal:

Saudi/Malaysia
13 Rejab/14 Rejab 1443 Hijrah
14 Feb /15 Feb 2022
Selasa/Rabu
9.30 mlm/2.30 pagi

Dukacita dimaklumkan bahawa ibu saya Robiah binti Saad @ Maknjang Gayah telah kembali ke rahmatullah, mohon doa dari saudara mara dan sahabat² sekalian agar Allah SWT mencucuri rahmat, belas kasihan dan memberikan layanan yang sebaik²nya kepada arwah di alam barzakh dan alam akhirat sana...

Semoga Allah terima semua amalannya dan kita.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِّعْ مُدْخَلَها وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّها مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِها وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

يٰۤاَ يَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ 

 "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -"

ارْجِعِيْۤ اِلٰى رَبِّكِ رَا ضِيَةً مَّرْضِيَّةً 

""Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -"

فَا دْخُلِيْ فِيْ عِبٰدِى 

""Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -"

وَا دْخُلِيْ جَنَّتِى

""Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! ""

(QS. Al-Fajr 89: Ayat 27-30)

Berbahagialah ibu di sana duhai jiwa yang tenang dengan Allah meredhaimu dan telah sempurna qada' dan qadarmu di dunia.
Terima kasih tidak terhingga kepada adik beradik saudara seibu sebapa atas pengorbanan menguruskan ibu selama hidup arwah.  Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan kalian semua, semoga ukhuwah kita till jannah dapat bertemu satu keluarga dalam syurga seperti yang dijanjikan Allah Azawajalla.
ujian covid pada seisi keluarga sewaktu semua persiapan pulang telah dibuat untuk pulang ke pangkuan ibu dengan niat ingin menyantuni arwah selagi ada masa.
Kita merancang, Allah juga merancang, perancangan Allah ada lah yg terbaik
Pasrah dan redha.

*Assalamualaikum warahmatullah... tuan² yang dikasihi dan dimuliakan Allah SWT...*

*Jutaan terima kasih atas kata² semangat dan sokongan yang diberikan kepada kami sekeluarga dalam menempuh peristiwa dugaan ini... dalam keadaan kami sekeluarga dikuarantin akibat +ve Covid-19, dikejutkan pula dengan pemergian bonda mertua... seolah² rasa hilang arah dan tujuan...*

*Tapi alhamdulillah... Allah SWT sebaik² pemandu kita... memberikan petunjuk dalam keadaan yang mencabar ini... Setakat ini alhamdullillah... keadaan kesihatan semua ahli keluarga hampir 100%, cuma sekarang masih lagi dalam fasa menguruskan emosi akibat kehilangan orang yang tersayang....*

*Lagi sekali... terima kasih kepada tuan² semua... yang tak putus² telefon dan mesej, bertanyakan khabar kami sekeluarga... dan juga yang menghantar makanan... jasa baik tuan² hanya Allah SWT sahaja yang layak membalasnya.... semoga ukhwah kita diperantauan ini terus terpelihara berpanjangan...*

*Ihsan ucapan daripada suami tersayang, yang sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang diri ini berpeluang menyantuni ibu di Malaysia,  saat getir ujian menjadikan diri ini Subhanallah dengan izinNya Allah, tenang dan tabah dgn 2 ujian ini
+Ve covid dan kehilangan insan tersayang.
Sesungguhnya Allah telah meletakkan dalam hati ini cinta padamu dan semakin bertambah kerana Allah atas sifat ihsan yang Allah letakkan dalam hatimu menjadikanmu seorang insan yang menjunjung arwah ibumu dan ibuku sebagai raja. 

Pada saat aku kadang kecundang, rebah sepanjang menyantuni permata hatiku engkau tidak jemu jemu memberi semangat dan bukan sekadar simpati tetapi engkau telah mengajarkan aku sifat empati dalam menyantuni dementia permata hatiku.Semua dengan izinNya Allah dan pertolonganNya Allah.

*بارك الله فيكم جميعا*
Sunnah, memberi makan kepada jiran yang sedang bersedih atas kehilangan orang tersayang.
Jiran berebut rebut menghantar makanan, MasyAllah...boleh diteruskan sunnah ini nanti.
Bersemadilah duhai ibuku jiwa yang tenang kembali kepada Tuhanmu, kelak kami juga akan turut serta.❤️

Comments

Popular posts from this blog

Salam perkenalan dari Madain Salleh

Kisah Raya di Arab Saudi