Nikmat Allah
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
Dalam perjalanan kehidupan berumahtangga, sebenarnya banyak perbezaan yang kadangkala sukar untuk dirungkai,
Namun Allah titipkan sedikit persamaan agar menjadi kekuatan untuk bersama sama dalam membina dan terus membina kepercayaan dan kejujuran.
Walau tidak sempurna dan tidak akan pernah sempurna, namun ihsan Allah masih bersama.
Kuatnya kita, sempurnanya kita, bijaknya kita, bahagianya kita, bukan atas tangan tangan kita, ianya atas qadar yang Allah telah tetapkan.
Permulaan dan pertengahan itu sekadar rencam namun pengakhirannya itu menjadi keutamaan.
Interpretasi, persepsi, pandangan, penilaian boleh berbeza namun yang meletakkan ia kena pada tempatnya adalah dengan keizinan Allah yang memiliki kita.
Kerna itu siapalah kita tanpa Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Rumah yang kita miliki bukan untuk kita banggakan, keluarga yang Allah beri bukan untuk kita mendabik dada, ianya Allah kurnia untuk jalan jalan usaha dalam mengumpul pahala, ianya juga ruang dan peluang untuk kita mentaati perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya. Namun seringkali kita terlupa akan tujuan utama penyatuan dua jiwa kerana godaan dan tarikan dunia yang selalu berjaya menguasai nafsu manusia yang berkehendak pada prasarana dunia, maka akibatnya Kehidupan berumahtangga ada saja badai yang menjengah.
Badai itu boleh ditafsir sebagai musibah, atau bentuk hukuman atau pun ujian. Ianya bergantung kepada maklumbalas kita sebagai tuan tubuh terhadap badai yang menjengah. Jika kita memilih jalan keluar dengan menjauhi Allah maka badai yang datang adalah berupa hukuman, namun jika kita redha dan memilih jalan untuk dekatkan diri dengan Allah, maka badai itu adalah bentuk ujian untuk meningkatkan maqam(kedudukan) kita di dunia dan akhirat.
❤️
Manusia itu tidak akan pernah mengetahui perancangan Allah itu yang terbaik untuk dirinya sehinggalah datang kepadanya tawakal dan redha dengan izin TuhanNya kerana jiwa seorang hamba saban hari dalam kefuturan yakni iman kadangkala teratas dan terkecundang mainan nafsu yang ditunggang syaitan.
Namun Allah itu sifatNya sentiasa ihsan kepada hambaNya lalu tidak dibiarkan lama dalam kefuturan itu lantas diganti dengan kekuatan yang sentiasa dipandu Tuhannya.
Apalah lagi yang didambakan jiwa seorang hamba melainkan kasih dari Tuhannya kerana kasih Tuhannya mampu menukarkan sesuatu yang sukar kepada kemudahan, mampu melembutkan hati yang keras, mampu menggantikan kesedihan menjadi bahagia, dapat membina pautan kasih sayang. Kasih sayang dari Tuhannya mampu mengembalikan hamba yang tersesat kembali ke pangkal jalan.
Sesungguhnya aku ini hamba biasa tapi yang menjadikan aku adalah Allah Tuhan yang luar biasa Allah Ya zaljala li walikram.
Koleksi gambar : Luqmasail picture (@mawa_rain)
Comments
Post a Comment