Goreng pisang master chef

Assalamualaikum anak anak, hari ini umi suka nak berkongsi resepi salutan tepung untuk pisang goreng. Memandangkan ayah kurang gemar tepung ready made dalam kotak dari brand ADABI atau jenama lain, jadi umi terpaksa buat sendiri tepung salutannya.

Nak dijadikan cerita umi terjumpa satu resepi daripada salah seorang peserta Masterchef Malaysia yang berasal dari utara. Umi sangat suka mengikuti posting beliau yang banyak berkongsi moment beliau dengan ibunya yang menjangkau usia 90 an.  Perkongsiannya tentang kehidupannya bersama ibu beliau telah menggamit memori umi pada ayah ( Mohmad Zahid) yang suatu ketika dulu pernah menobatkan arwah atuk zainab dalam hatinya. Ayah melayan arwah atuk Zainab seperti seorang raja, Subhanallah semua dengan izin Allah. 

 Subhanallah perkenalan muka buku bersama beliau telah mewujudkan kepercayaan beliau pada umi sehinggakan beliau berkongsi lagi beberapa resepi simpanan beliau pada umi. Kini beliau dan ibunya telah kembali ke pangkuan ilahi, begitu kuat kasih sayang kedua anak beranak ini sehinggakan Allah taqdirkan jarak kematian mereka hanya selang seminggu sahaja.

Jadi di sini umi kongsikan salah satu resepi arwah untuk dimanfaatkan bersama dan menjadi saham jariah untuk kedua dua arwah anak beranak ini. Semoga mereka berdua dikumpulkan bersama hamba hamba yg beriman dan beramal soleh.

Resepi tepung salut pisang goreng

Bahan

1 caw tepung beras
1/2 caw tepung gandum
2 s/b butter lembut
11/2 caw air
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning(optional)
*Umi adjust ikut kesesuaian

Cara

*Campur semua bahan, jangan terlalu cair.
*Sejak manfaatkan resepi ini, umi tidak lagi menggunakan tepung goreng pisang ready made di kedai, cubalah☺️

Comments

Popular posts from this blog

Salam perkenalan dari Madain Salleh

Kisah Raya di Arab Saudi

Resepi Buah Timun susu buat tekak rasa sejuk