Pos KualaMu, mengembalikan zaman kanak kanak

Sejauh mana kita melangkah
Setinggi mana kita terbang
Seluas mana kita menapak bumi
Secemerlang mana pun pencapaian diri
Yang kita tetap pasak dalam hati dan jiwa adalah agama yang benar dan asal diri juga keturunan melayu jati dulu dan kini selamanya.
Hujan emas di negara orang
Hujan batu di negara sendiri
Walau elok ditempat orang
Hati terpaut tempat sendiri

Sejuk melihat elemen air di Pos KualaMu
Subhanallah, terasa hidup pada zaman 60 an

Tingkap yang unik seolah hidup pada zaman P.Ramlee dalam cerita Pendekar Bujang Lapok
Masakan yang simple tetapi sungguh berselera
Sambal sardin dengan telur dadar ja pun, selesai nasi satu periuk
Sesuai untuk berkhemah
Kopi o & nasi goreng untuk sarapan di tepi anak sungai
Rumah orang asli di Pos KualaMu
Chalet dengan kemudahan kelambu, ish memang menggamit memori zaman umi kanak kanak, padahal tak ada nyamuk pun
Ikan tengas segar dari sungai kampung sebelah, goreng pun sodap😋
Petai jualan orang asli sepapan 30 sen sahaja, Subhanallah murahnya, umi borong semua habuan bawa balik Saudi dan berkongsi dengan saudara mara.
Pokok durian pun banyak, boleh capai pula tu buahnya, cuma masih belum masak elok, tak ada rezeki.
Ayam kampung beli daripada orang asli berdekatan, MasyAllah Tabarakallah sedapnya.
Umi basuh ikan tengas dalam sungai, best nya
Budak suka makan nasi goreng ni, berselera sungguh, seharian mandi di sungai, lapar saja makan, maklumlah makanan ada di tepi sungai saja.

Si Ilyas nak cuba memancing di jeram yang belum ramai manusia yang sampai di sini. Kawasan ini masih elok dipelihara.
Satu jam menyusuri sungai untuk sampai ke Jeram, MasyAllah Tabarakallah, sejuk dan segar, pengalaman untuk anak anak sebab umi dan ayah sudah biasa dengan pengalaman di dalam hutan dan sungai zaman belajar dulu.

Semoga Allah menampakkan yang baik baik dalam mencari ibrah  hubungan makhluk dan pencipta dan menjadikan kita hamba hambaNya yang tawadhuk dan sentiasa bersyukur.❤️

Comments

Popular posts from this blog

Salam perkenalan dari Madain Salleh

Kisah Raya di Arab Saudi