Historical Yanbu
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
Tiba tiba malam ni terasa sangat nak berkongsi perasaan rasa santai orang tempatan arab kepada semua kerana malam ini Allah izinkan,
cuaca yang cukup segar memberi damai, ditambah pula dengan tiupan angin sepoi sepoi di tepi laut.
Allah izinkan jua bau kopi arab yang mampu menggamit langkah pengunjung untuk duduk sembang dan libur.
Sebenarnya masih luas tradisi arab yang masih belum kita gali dan belum kita ambil peduli.
Sejak dahulu kala pemikiran dan persepsi kita seolah dipaku kuat mengandaikan pakaian jubah mereka itu melambangkan begitu beragamanya mereka dalam kehidupan seharian.
Walhal mereka juga seperti kita masih terumbang ambing tentang ilmu agama, masih menggali untuk diguna pakai dalam kehidupan seharian sepertinya kita, masih ada ruang ruang kosong dalam jiwa yang perlu diisi iman yang juga saling tak tumpah sepertinya kita selaku saudara seagama mereka.
Dengan hanya kerana dua kota suci dibangunkan ditempat mereka kita sewenangnya menghukum mereka seolah kita tidak pernah bergelar pendosa. Yang kita lupa adalah mereka juga manusia sepertinya kita.
Islam itu sempurna, tetapi penganutnya belum cukup sempurna. Usah menghukum mereka dengan apa yang berlaku di tempat mereka, kerana ditempat kita juga masih banyak yang perlu diperbaiki dan belum cukup sempurna.
Semoga Allah nampakkan yang baik baik untuk manfaat bersama kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.
Wallahu'lam
#musafirtarbiyahjiwa
❤️
Menzahirkan impian yang sudah lama terpendam
Mengatur langkah itu lebih baik dalam bermusafir dan berkelana
Rasa seolah Yanbu sentiasa menyambut kami sekeluarga
Ini bukan 'kalabul malami'(kelab malam), ini Suq Al Lail(pasar malam)☺️
Macam macam warna cerek arab ni, menarik MasyAllah.
Subhanallah cantik, teko panas arab, inginku milikiš¤
Santai duduk lepak tepi laut memang santai cara orang Arab
Memang budaya mereka makan seekor kambing begini
Kalau kita seekor kambing cukup untuk satu kampung ☺️š¤
Comments
Post a Comment