Hati berbunga indah


Assalamualaikum wrt wbt, minggu ini, minggu cuti sekolah dan universiti bagi seluruh Saudi. Kebiasaannya umi sibuk di dapur menyiapkan bekalan untuk bermusafir ke lokasi lokasi menarik di sini. Tapi cuti kali ini ayah putuskan untuk rehat di rumah sahaja, sekali sekala keluar ke tepi pantai 'picnic' gaya arab.  Umi ok saja lagipun apabila sudah mula bercucuk tanam sayur di roof top agak sukar untuk meninggalkan rumah dalam jangka waktu yang lama.  Jadi aktiviti hanya sekitar Yanbu, Jeddah sahaja. In Shaa Allah cuti Januari nanti kita rancang musafir ke tempat lain.

Petang petang makan aiskrim cherry berry
Hermmm Subhanallah memang nikmat   sungguh aiskrim kesukaan umi ini.

Yanbu adalah salah satu lokasi yang dikelilingi laut merah. Maka tidak hairanlah penduduk di sini termasuk umi dan keluarga selalu meluangkan masa berkelah. Tambahan pula musim sejuk sedang menjengah menjadikan aktiviti berkelah di luar sangat santai dengan suhu waktu siang sekitar 20 celcius.
Sudah hampir 10 tahun di bumi Yanbu Saudi, hati umi tidak pernah jemu dengan pemandangan awan dan laut nya yang kebiruan sejuk mata memandang. Taman taman yang diselenggara pihak berwajib sungguh menarik dan cantik.  Kalau di bumi Malaysia, kawasan tepi laut yang cantik banyak dibangunkan hotel hotel mahal.  Mereka di sini sangat menjaga keperluan rekreasi penduduk nya kerana 'picnic' adalah satu aktiviti wajib orang di sini.
Air laut merah yang biru warnanya membuatkan sejuk mata memandang.
Umi memang suka elemen air dan hijau pokok
Subhanallah, itu ja yang Umi mampu ungkapkan, Allah hamparkan bumi ini untuk kita makhlukNya menikmati dan bersyukur, baiknya Allah.
Kesian anak anak ikan ini, menjadi mangsa aktiviti manusia yang mencari umpan di tepi laut.
Suasana tepi laut dan paya di Yanbu
Bunga ni, umi beli dari kedai 5 riyal saja, termos umi yang pecah, sayang pula nak diibuang, apa salahnya kita tukar sentuhan citarasa kali ini. Bahagia itu tidak semestinya yang mahal, tidak semestinya yang berjenama kerana cara pandang kita manusia berbeza mengikut nilai mana kita dibesarkan dan bagaimana gerak hati yang Allah izinkan.
Bahagia itu tidak perlu mengikut citarasa orang lain. Kerana kita yang tahu bagaimana hati kita boleh menjadi bahagia dan terjaga.


Comments

Popular posts from this blog

Salam perkenalan dari Madain Salleh

Kisah Raya di Arab Saudi