kurma rutab
Assalamualaikum anak anak umi, hari ini kita bercerita tentang kurma rutab dari saudi.
Kurma rutab ni, adalah kurma segar dari pokok, tidak ada proses pengeringan.
Kebetulan semalam, jiran umi sedekah buah kurma rutab dari Al Qassem, kawasan ladang kurma terbesar di Saudi. Alhamdulillah, Allah tu baikkan, umi baru saja teringin nak makan kurma rutab ni, tiba tiba datang rezeki dengan izinNya.
Pertama kali datang Saudi 10 tahun yang lalu, Allah izinkan umi merasa kurma rutab. Kalau dapat yang muda rasanya kelat kelat tetapi manis. Subhanallah sedap sangat. Umi memang suka kurma rutab ni. Cuma kalau dapat kurma rutab ni harus diletak dalam peti sejuk kerana ia cepat sangat masak dan berubah warna serta menjadi lembut.
Musim panas adalah musim menuai kurma kerana waktu ini kurmanya sudah sesuai dipetik.
Tapi umi kena beringat juga, sebab si diebetic ni selalu sangat suka berdamping dengan umi.
Ini pokok kurma sewaktu makan pagi di tepi pantai Balad. Geram ja umi tengok.
Comments
Post a Comment