Jalan jalan menuju kedamaian hati
Asssalamualaikum anak anak ami(umi), semoga Allah mengurniakan keberkatan masa dan usia yang berpanjangan pada kita. Dan semoga Allah menjadikan kita hamba hamba yang menjaga silaturrahim mengikut qadar yang Allah izinkan bersesuaian dengan kemampuan kita. Posting kali ini suka umi menyentuh perihal hati dan jiwa yang sentiasa inginkan ketenangan dan kedamaian. Lumrah manusia punya segalanya lemah kerana Allah ingin kita sering mengharap padaNya dalam melalui urusan dunia yang dinamakan ujian. Semoga Allah sentiasa memberi kemudahan dan jalan keluar terbaik terhadap setiap permasalahan.
Tafsir lengkap dan penerangan yang ilmiah dari Ustazah Taimiyyah Zubir sejurus selepas solat subuh. Macam macam kelaku anak anak waktu ini, maklumlah rasa mengantuk masih ada ditambah pula dengan bisikan bisikan syaitan yang tersembunyi untuk menghalang manusia jauh dari ilmu Allah. Ada yang jaga tapi sebenarnya lena ðŸ¤, ada yang fokus tapi masih ada kurang sempurna, ada yang mengusik dalam sayang. Bak kata sesuatu yang baik perlu diberi motivasi berkali kali agar lekat di hati dan sanubari kerana agama itu dapat tertegak dalam jiwa dengan cara saling ingat memperingati.
Hasil itu bukan urusannya kita, yang paling penting adalah tarbiyyah dan ibrah menuju kemenjadian insan. Kadang kala 10 yang diberi, separuh yang diambil pakai dalam kehidupan, biarlah ...kerana jalan jalan paksaan itu boleh membosankan dan menjemukan, asalkan istiqamah walau sedikit.
"Slowly but surely"
❤️
Comments
Post a Comment