galeri kreatip konon kononnya

Persiapan Ramadhan tahun 2022, maklumla budget ciput tapi Alhamdulillah sebagai isteri perlu optimumkan barang yang sedia ada. Pinggan microvawe yang disimpan agak lama selepas microvawe yang telah rosak, dibuang. Alhamdulillah ada juga manfaatnya apabila diganding bersama kepingan sabun yang dibuat sendiri satu ketika dulu, Subhanallah masih wangi haruman sabunnya.❤️
Bekas coklat Ferrero Rocher yang dihadiahkan daripada jiran depan rumah sebagai food gift 2 kali raya berturut turut. Sayang, sebab cantik kejadiannya maka kita ulang guna lagi untuk seri Ramadhan.
Antara kreativiti yang dipamerkan di Flower Festival Yanbu, Saudi. Entah tahun berapa, dah lupa
Waktu tu berangan nak buka cafe, maka jadilah kafe verangan sampai la sekarang🤪
Lakaran anak tentang sesuatu yang pernah dia minati sehingga sekarang

Jubah anak anak yang dah tak boleh pakai, kita jahit lace letak di sofa hahaha

Masa kemas buku anak anak yang dah tak guna, tiba tina terjumpa yang ni

Duduk Saudi susah nak dapat tudung saji, maka kena fikir la sendiri.

Ni masa rajin buat acar, suruh anak buat handmade tagging ja
Suatu ketika dulu yang rajin, sekarang mesin jahit pun dah tak pandang 🤪
Ni homework anak dalam online class drawing bersama kartunis Misi, Tn Nazry Salam,
Hidung Tun M memang unik😁

Tersadai hampir seminggu Di Tabuk akibat kereta rosak, rupanya Allah nak izinkan bertemu dengan karya dari anak anak Saudi dalam pameran Seni di Tabuk Mall.

Projek anak anak dalam subjek matematik

Boleh tolong translate, budak ni cakap apa?

Konon konon nak jual tapi makan sendiri ja🤪

Makan sendiri yang banyak dari jual
Grafik design untuk you tube channel kak cha marba, dah dekat 2 tahun sunyi sepi channel ni 🤭saja suka suki🤗
Janji ayah dan umi ditunaikan pada pagi hari raya untuk anak anak.❤️

Pinjam alat musik jiran sekejap

Acuan lama yang dah kelabu asap


Menarik tatahias nya walau simple

Ini la kerja anak anak, hati sentiasa ingat pada bumi Malaya
Laku keras semua ni dalam hujan renyai renyai
Alhamdulillah, depan rumah ja.
Cubaan edit foto gina snapseed, saja suka suki.Bunga yang umi beli dari kedai 5 riyal, dan termos air yang sudah pecah, sayang pula nak buang kita beri sentuhan baru. Kita gubah DIY.

Unta pun nak numpang, di Jabal Rahmah ni  😄

Projek solar sistem Ilyas, jadila tak keluar modal pun, selongkar balik apa yg ada. Seronok dia, senyum simpul dapat 20/20 point
🤪🤪
MasyAllah, cantikkan
Tak dak kerja waktu ni, sekarang dah malas🤭
Sarung kusyen ja ni, lepas tu edit dalam snap seed🤭
         Ni masa Ramadhan lepas, saja je
Antara barangan kraf di bumi Al Ula Saudi, kebanyakannya dibuat dari daun kurma

Umi got 7 people and 1 cat. Yeayyyyy😄
Sayang pula nak dibuang t.shirt lama

Kita buat getah ikat rambut dari t.shirt yang lama

Comments

Popular posts from this blog

Salam perkenalan dari Madain Salleh

Kisah Raya di Arab Saudi