Makanan kuarantin, tak pernah tak habis, Semakin lama di sini semakin kenyang. Alhamdulillah

                Nasi berlauk rendang ayam
Nasi lemak, sedap juga sambalnya

Asam pedas ayam dan sayur bayam, Alhamdulillah
Nasi berlauk ayam kicap dan sambal kentang, menu baru dalam list umi sambal kentang ni, sampai Bandar Baharu boleh cuba.
             Nasi ,sup ayam dan sambal telur

Sepanjang 8 hari berada di pusat kuarantin ini, belum pernah lagi menu makan pagi, tengah hari dan malam berulang, menunjukkan betapa variasinya menu makanan orang melayu.
Kami dibekalkan makanan sebanyak 3 kali sehari dengan portion yang sesuai, "no" tambah tambah tetapi staff akan usaha dan pastikan semuanya mendapat makanan dengan cara "mengetuk pintu yang kuat" agar PUS yang terlena terus terjaga. Pada kami ianya bukanlah menjadi kesalahan kerana mereka tidak mahu kami terlepas waktu agihan makanan, tambahan pula tiada loceng pada pintu setiap bilik. Semestinya mereka ada alasan tertentu untuk mengetuk pintu dengan kuat. Namun kalau buruk yang kita cari, maka buruk lah juga yang kita jumpa. Ada sahaja manusia berfikiran toksik cuba mengapi apikan isu supaya  menjadi pertelingkahan.

Set nasi tomato yang ada rasanyal
Mee goreng untuk makan pagi
Ala Nasi Kandar, ayam berempah, kuah dhal
kuey tiaw goreng kerang tak kedekut fishcake dan fishball MasyAllah. Sudah 2 tahun tak makan, dah lupa rasa kueytiaw
Bubur nasi segera dibekalkan sewaktu mula tiba kerana kami sudah terlepas waktu makan malam, sekurangnya mereka prihatin dengan keadaan kami yang agak lapar setelah lama berada di KLIA untuk urusan PCR dan penempatan. Alhamdulillah, tidak pernah tak habis.
Maggie kari di Malaysia yang punya rasa tersendiri
Bekalan minuman bijiran buat kejap perut yang kerongcong di malam hari.

Nasi ayam penyet
Nasi berlaukkan sambal dan masak lemak taugey
Nasi goreng ayam kampung

Nasi goreng ayam paprik

Ada antara hamba Allah yang sinis berkata" balik pun tak berbaloi pada zaman pandemik ini kerana terperap dalam rumah".

Bagi kami, apabila sesuatu yang Allah telah izinkan, maka tidak timbul istilah tidak berbaloi, semua yang Allah izinkan tetap berbaloi dengan ketetapan Allah Kerana Allah "aku yang punya juga engkau yang punya", Allah sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya, kita hanya mampu menilai dari sudut pandang seorang makhluk. Tiada siapa punya hak mutlak terhadap Allah kerana Allah lah punya hak mutlak ke atas makhluk, jika Allah berupaya menghancurkan bukit dan gunung sewaktu sewaktu peristiwa Nabi Musa memohon melihat Allah, maka mudah bagi Allah merubah firasat hati yang tidak nampak. Setiap keputusan bersandar kepada Allah, kerana itu adalah cara yang Allah izinkan dan In Shaa Allah ada hikmah dan berbaloi.
Celah mana lagi nak merungut, sedangkan engkau pernah hanya dibekalkan dengan sebiji ubi kentang mentah, segenggam beras, sedikit garam dan beberapa batang mancis untuk engkau ikhtiar hidup di satu pulau suatu ketika dulu. Celah mana lagi engkau nak merungut apabila dihidang kan makanan di dalam bekas plastik sedangkan dulu engkau sudah terbiasa makan berpinggankan daun meranti dan daun cengal di dalam hutan.  Semua itu pengalaman yang boleh engkau bawa dalam kehidupan kini dan selamanya. Bersyukur lah duhai jiwa anak anak umi ayah, engkau tidak akan pernah mereput mendiami tempat ini malah percayalah ada nilai yang Allah akan titipkan padamu kelak.
sambal tumis udang dan masak lemak taugey

Comments

Popular posts from this blog

Salam perkenalan dari Madain Salleh

Kisah Raya di Arab Saudi