Hati Kampung, jiwa aku, jiwa kampung

Assalamualaikum, 
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar
Puji dan syukur selayaknya pada Allah yang bersifat Ihsan pada hamba hambaNya.
Posting kali ini adalah posting yang sangat istimewa kepada umi kerana ianya berkenaan jiwa umi yang berjiwa kampung.  Saja ja umi nak bawa para pembaca terutamanya anak anak untuk sama sama berkongsi rasa yang sama, betapa gembira dan damainya jiwa apabila kita berpeluang duduk di kampung.
Walaupun tempoh sekarang adalah tempoh PKP, semua orang terpaksa duduk di dalam rumah dengan urusan keluar yang sangat terhad, tetapi apabila ibu sampai di kampung, MasyAllah... Tabarakallah...orang kampung kurang berasa stress, maklumlah mereka masih lagi boleh melakukan aktiviti seharian mereka tetapi dengan contact yang terhad. Orang kampung masih lagi boleh pergi memancing, berkebun, bersawah padi manakala orang bandar hanya mampu melangut bumbung dan memandang dinding rumah.  Kalau yang ada tanah sekangkang kera bolehlah jugak bercucuk tanam habuan isi rumah.  Begitulah suasana kampung, tidak hilang dari suara kicapan burung yang menenang jiwa.  Angin sepoi sepoi bahasa, keakraban jiran tetangga MasyAllah sangat luar biasa. Berkongsi segala yang ada.  Buktinya hari umi sampai, ada jiran yang beri rambutan, roti canai, kek pisang, kek coklat, rendang ayam, mee sanggol goreng, best nya MasyAllah.  Bila masuk sahaja pagar rumah hati terasa tenang, apabila nampak laman bersih, terjaga rapi, masuk dalam rumah semuanya tersusun.  Allahuakbar...baiknya Allan kurniakan sepasang suami isteri yang amanah dalam menjaga rumah kami di kampung yang bertahun kami tinggalkan.  Umi tak sabar nak cari pengail dalam stor untuk mulakan aktiviti memancing di belakang rumah.😁Jom...
Laman rumah yang teduh
Sebaik sahaja sampai kucing jiran dan kucing jalanan terus mengiau mintak makanan.
Pokok sirih panjat di kampung suami
Pokok karapole belakang rumah umi, Alhamdulillah...hidup juga walau dua tahun kena tinggal.
Si cantik bunga kantan di kampung suami
Buah cempedak di luar pagar😁 Subhanallah
Ayam jantan dan ayam piru sedang mesyuarat
Buah naga di kampung suami
Pandangan taman permainan yang hijau dari dapur rumah umi

Antara makanan yang dirindui 
siput sedut
kerang
lala
sambal machang
Buah kuinin dan machang
kuih peneram
petai
ubi sengkuang
Cendol

Tiadalah dapat kita katakan melainkan mengungkap kalimah Thoyyibah
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

#musafirtarbiyahjiwa❤️

Comments

Popular posts from this blog

Salam perkenalan dari Madain Salleh

Kisah Raya di Arab Saudi