Eh,buat apa sepanjang kuarantin 2 minggu ???

Assalamualaikum, oleh kerana hari ini adalah hari yang terakhir umi dan keluarga berada di pusat kuarantin, maka suka rasanya umi berkongsi beberapa aktiviti yang umi dan keluarga berkesempatan lakukan dengan 'access' yang sangat terhad sepanjang tempoh tersebut.

Aktiviti di sini hanyalah berkisar
 'indoor activities' di dalam bilik disebabkan permit keluar masuk bilik sangat terhad, tambahan pula pihak pengurusan meletakkan penanda sticker kuning polis bagi melarang kami keluar. Walaupun pergerakan terhad namun kami masih punya deria mata yang tidak terhalang oleh mana mana pihak.   oleh itu umi menggunakan seluruh keupayaan deria mata untuk melihat pemandangan luar melalui 'sliding door' dan menikmati panorama hijau di sebalik luar bilik.  
Teringat sewaktu menjadi student fakulti perhutanan UPM, facilitator menyuruh umi menutup mata sewaktu masuk ke dalam hutan, maka seluruh deria yang masih berbaki digunakan untuk mengetahui lokasi penempatan di dalam hutan. Maka deria hidung terhidu bau daun kayu dan tanah, deria telinga mendengar bunyi arus air, kicauan burung manakala deria kulit dapat menyentuh kasar batu dan ira daun yang sempat dipegang.  Maka pada waktu itu umi sudah tahu lokasi umi adalah berhampiran anak sungai yang sangat sejuk airnya.  Apabila dibuka mata, memang tidak salah meneka.  Begitulah deria anugerah Allah kepada manusia agar kita bersyukur dengan apa yang ada di depan mata.
Maka sekali lagi umi menggunakan deria yang ada untuk menikmati kenyamanan udara di sini.
Umi dan keluarga juga menikmati sejuk udara dan air hujan yang telah sekian lama tidak muncul di Arab Saudi. Kalau ada pun hanya renyai renyai sahaja tidak seperti di Malaysia.
Umi banyak menghabiskan masa dengan menonton you tube channel termasuklah channel sendiri 'kak Cha Marba'.  Umi suka menonton channel masakan di kampung sambil memetik sayuran di kebun. Terasa sangat tenang dan damai seolah terapi kepada jiwa dan minda.

Sesekali Umi dan keluarga menelefon saudara mara yang telah lama tidak bersua. Hati umi tersentuh apabila menelefon satu satunya bapa saudara yang masih ada iaitu adik kepada atok.  Sepanjang bersembang dengannya, dia menangis sebak mungkin kerana sudah lama kami tidak bersua, umi turut berkongsi rasa yang sama. In Shaa Allah jika ada kesempatan nak Sahaja umi membawa beliau pulang ke kampung kerana sepanjang berbual, beliau sangat rindu pada kampung halamannya jauh di utara. Alhamdulillah umi dapat berbual dengan beliau serta atok menggunakan video call.  Semoga kita menjadi hamba Allah yang menjaga silaturrahim.
Subhanallah, sungguh tenang jiwa, apabila pagi pagi dapat melihat pemandangan ini.
Apa yang kita cari Allah akan bagi mengikut qadar yang Allah beri.  Bukan qadar yang makhluk ingini kerana pemberian Allah itu sudah memadai dan mencukupi merawat jiwa yang selalu sangsi.  Semoga kita menjadi manusia yang sentiasa memperbaiki urusan diri.
Aktiviti hari terakhir dari anak anak❤️lakar mana yang sempat buat ingatan hari depan.

Pagi pagi lagi anak anak mengajak untuk menelefon atok.

Lakaran tempat kuarantin daripada anak anak sebagai kenangan selama 14 hari.

Melihat aktiviti pencerahan kawasan, sayang pokok hijau ditebang. Macam nak larang tapi, takut di halau pergi keluar dari pusat ini.🤭
Hari nak balik baru lah tahu ada laluan air di tengah tu, tapi sayang air keruh akibat aktiviti penebangan pokok.😔
Line polis, dah macam tempat crime🤭
Yang serbuk warna kuning tu adalah sulfur(belerang) agak agak kenapa di letak di sini? Jeng... jeng... jeng...masa ligat berkhemah dulu, inilah bahan yang umi selalu letak di sekeliling luar khemah.

Murajaah apa yg perlu, persediaan utk kelas tasmi' online. Menghafal itu sunat tetapi menjaga hafalan itu wajib...setakat mana upaya dengan izin Allah.

Tiap petang, inilah kerja umi top up dan ganti ais ke dalam box ubat kencing manis, maklumlah sini bukan hotel jadi tidak dibekalkan dengan  peti sejuk.  Tetapi cukup memadai membuktikan staff di sini sangat komited dan prihatin dengan kebajikan dan keselamatan PUS.
Inilah ubat insulin umi yang perlu sentiasa dalam keadaan sejuk
Hari ke 10, PCR sekali lagi di pusat operasi, maka kami mengambil peluang menghirup udara yang sangat segar di sini.

Sempat mengambil foto blok kuarantin kami seisi keluarga. Hijau...umi suka...
Umi sedang mengenalpasti serangga ini dari family apa ya.  Waktu study dulu inilah kerja umi mengumpul serangga dan mengenalpasti scientific namenya.
Tiap petang ada kawanan monyet yang datang bertandang dan ziarah kami yang terkurung.  Ada juga rezeki mereka ayah beri makan buah dan biskut, Alhamdulillah.

Sempat ambil foto sekumpulan semut yang gigih memindahkan serangga mati.  Banyak ibrah kita boleh ambil daripada kehidupan semut, salah satunya mereka sentisa bekerjasama dan berkongsi kerana
" makanan untuk seorang cukup untuk dua orang'

Sekian, sampai di sini kita tangguhkan posting ini semoga ada manfaat untuk dikutip dalam kehidupan umi, anak anak dan sesiapa sahaja.
Esok hari yang bebas dari kongkongan dunia yang dicipta manusia.  Kerana yang paling banyak membinasakan dunia adalah tangan tangan manusia sendiri. Lihat pada semut, cicak dan hidupan lain fauna dan flora, mereka kurang terkesan dengan krisis pandemik ini kerana mereka akur dengan ciptaan mereka adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah, sedangkan manusia selalu ingkar akan tujuan asal kenapa diciptakan.

"Aku menulis, bukan kerna nama. Kerna sifat kasih dan sayang sesama insan"
❤️

Comments

Popular posts from this blog

Salam perkenalan dari Madain Salleh

Kisah Raya di Arab Saudi