Posts

Showing posts from June, 2021

Hati Kampung, jiwa aku, jiwa kampung

Image
Assalamualaikum,  Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar Puji dan syukur selayaknya pada Allah yang bersifat Ihsan pada hamba hambaNya. Posting kali ini adalah posting yang sangat istimewa kepada umi kerana ianya berkenaan jiwa umi yang berjiwa kampung.  Saja ja umi nak bawa para pembaca terutamanya anak anak untuk sama sama berkongsi rasa yang sama, betapa gembira dan damainya jiwa apabila kita berpeluang duduk di kampung. Walaupun tempoh sekarang adalah tempoh PKP, semua orang terpaksa duduk di dalam rumah dengan urusan keluar yang sangat terhad, tetapi apabila ibu sampai di kampung, MasyAllah... Tabarakallah...orang kampung kurang berasa stress, maklumlah mereka masih lagi boleh melakukan aktiviti seharian mereka tetapi dengan contact yang terhad. Orang kampung masih lagi boleh pergi memancing, berkebun, bersawah padi manakala orang bandar hanya mampu melangut bumbung dan memandang dinding rumah.  Kalau yang ada tanah sekangkang kera bolehlah jugak bercucuk tanam habuan

Eh,buat apa sepanjang kuarantin 2 minggu ???

Image
Assalamualaikum, oleh kerana hari ini adalah hari yang terakhir umi dan keluarga berada di pusat kuarantin, maka suka rasanya umi berkongsi beberapa aktiviti yang umi dan keluarga berkesempatan lakukan dengan 'access' yang sangat terhad sepanjang tempoh tersebut. Aktiviti di sini hanyalah berkisar  'indoor activities' di dalam bilik disebabkan permit keluar masuk bilik sangat terhad, tambahan pula pihak pengurusan meletakkan penanda sticker kuning polis bagi melarang kami keluar. Walaupun pergerakan terhad namun kami masih punya deria mata yang tidak terhalang oleh mana mana pihak.   oleh itu umi menggunakan seluruh keupayaan deria mata untuk melihat pemandangan luar melalui 'sliding door' dan menikmati panorama hijau di sebalik luar bilik.   Teringat sewaktu menjadi student fakulti perhutanan UPM, facilitator menyuruh umi menutup mata sewaktu masuk ke dalam hutan, maka seluruh deria yang masih berbaki digunakan untuk mengetahui lokasi penempatan di

Penginapan kuarantin, kami bukanlah kayangan. Alhamdulillah

Image
Sudut pandang yang paling mahal harganya sepanjang kuarantin Segala perancangan untuk pulang ke Malaysia pada zaman pandemik ini perlu mengambil kira banyak faktor memandangkan situasi ini memberi impak yang sangat besar dalam sejarah ekonomi setiap institusi. Posting kali ini adalah sebagai rujukan untuk anak rantau pulang ke bumi Malaysia.  Alhamdulillah pelbagai info dikumpul supaya mudah dalam membuat keputusan.  Berikut adalah  perbandingan kos dan pilihan perkhidmatan sedia ada yang boleh dijadikan rujukan dalam memilih tempat kuarantin kelak. Tidaklah lengkap, sekadar membantu sahaja. Kos  Quarantine ILA - 2 orang sebilik -> RM6300, kalau dapat 3 orang sebilik ->RM5600 (bilik randomly assigned) Quarantine SP Hotel -> RM8400 (bilik mesti boleh pilih punya) Quarantine PP Hotel -> ikut sendiri berapa mampu belanja  (bilik menurut kemahuan PUS) Keselesaan bilik Quarantine ILA - selesa  untuk tidur sebab tak boleh keluar ke mana pun. Quarantine SP Hotel ->

Makanan kuarantin, tak pernah tak habis, Semakin lama di sini semakin kenyang. Alhamdulillah

Image
                Nasi berlauk rendang ayam Nasi lemak, sedap juga sambalnya Asam pedas ayam dan sayur bayam, Alhamdulillah Nasi berlauk ayam kicap dan sambal kentang, menu baru dalam list umi sambal kentang ni, sampai Bandar Baharu boleh cuba.              Nasi ,sup ayam dan sambal telur Sepanjang 8 hari berada di pusat kuarantin ini, belum pernah lagi menu makan pagi, tengah hari dan malam berulang, menunjukkan betapa variasinya menu makanan orang melayu. Kami dibekalkan makanan sebanyak 3 kali sehari dengan portion yang sesuai, "no" tambah tambah tetapi staff akan usaha dan pastikan semuanya mendapat makanan dengan cara "mengetuk pintu yang kuat" agar PUS yang terlena terus terjaga. Pada kami ianya bukanlah menjadi kesalahan kerana mereka tidak mahu kami terlepas waktu agihan makanan, tambahan pula tiada loceng pada pintu setiap bilik. Semestinya mereka ada alasan tertentu untuk mengetuk pintu dengan kuat. Namun kalau