Raya 2021 Di Saudi
Alhamdulillah, Aidilfitri tahun 2021 terasa lebih meriah berbanding tahun lalu kerana kerajaan Saudi membenarkan jemputan sekitar tidak lebih dari 20 orang untuk setiap perhimpunan.
Maka masing masing mengadakan jamuan hari raya sesuai dengan keadaan semasa dan masih menjaga SOP.
Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang turut sama menjemput sahabat handai dan jiran terdekat. Maklum lah, beraya di perantauan menuntut pengorbanan menyambut dari kejauhan saudara mara. Hanya sahabat handai dan jiran tetangga menjadi pengubat kerinduan dan memeriahkan suasana
Antara juadah untuk tetamu yang bertandang, nasi tomato dan set hidangan. Juadah terasa pedas Kerana stok cili kering dari Malaysia sudah kehabisan terpaksa menggunakan cili Afta di saudi.
Resepi yang sama cuma letak almond dan pewarna sebagai penyeri(sebenarnya nak habiskan almond yang banyak)
Almond London kegemaran anak anak, teringat yang tahun lepas, buncit buncit almond london, tahun ni anak anak dah pandai sikit adjust supaya nampak lebih comel.
Rendang Tok yang sangat lama pembikinannya, bermula jam 11 pagi dan selesai 8 malam.Tapi MasyAllah memang sedap.(kata en.suami)
Ketupat daun pisang, teringat dulu dulu mak suka buat ketupat macam ni setiap kali menjelang Hari Raya.(anak anak panggil ketupat pocong) Jauh daun pisang ni datang, dari Hypermarket Lulu di Jeddah.
Maruku
Gigih menekan tepung maruku, kalau di Malaysia tunjuk dan beli sebab banyak dijual, di sini semua terpaksa buat sendiri.
Mee kuah Mat Thain
Mee kegemaran seisi keluarga, tak ada jual di mana mana.
Mee kari
Satu periuk besar mee kari untuk tetamu yang bertandang pada hari raya berikutnya.
Nasi himpit
Stok nasi himpit dah habis, terpaksa buat sendiri, mujur ada pengalaman buat bersama arwah ibu mertua satu waktu dahulu.
Kuah soto
Kuah lontong
Comments
Post a Comment