Menakluki Kota Batu di bumi Al Ula , Saudi Arabia


Assalamualaikum, posting kali ini ingin umi berkongsi keindahan dan kemegahan ciptaan Kota Batu di Al Ula, Saudi.
Lebih kurang 5 jam perjalanan dari rumah di Yanbu Industrial City, kami memulakan perjalanan seawal pagi.  Memandangkan bumi Saudi ini tiada hentian R&R yang selesa seperti di Malaya, maka seperti biasa sebelum bertolak, umi berjoget di dapur menyediakan juadah sarapan pagi dan makan tengah hari. Memang menjadi kebiasaan setiap kali bermusafir umi dan sebahagian ibu ibu Malaysia di sini akan menyediakan bekalan untuk seisi keluarga.
Jangan salah tafsir ya, bukanlah rajin tetapi tekak umi dah letih membaham makanan arab sepanjang bermusafir.🤭Setakat sehari boleh lagi tetapi lebih dari itu, ampun memang tekak umi, tekak melayu jati.

Jabal Al Fil namanya sempena bentuknya seperti belalai gajah yang disebut Al Fil dalam bahasa arab
Jabal Al Fil dipagari dengan pelepah nipah sebagai sempadan lokasi berbayar kepada pengunjung, kini orang tempatan semakin bijak dalam mempromosikan destinasi pelancongan berbayar berbanding dahulu yang tiada bayaran dikenakan.  Mereka sudah belajar sesuatu untuk menambah nilai dalam pendapatan negara dalam sektor pelancongan. Syabas rakyat Saudi, cuma ianya menjadi beban kepada pengunjung seperti kami kerana bayaran agak mahal huhuhu.
Lokasi perkhemahan di celah celah batu, memang menarik
Pemandangan unik melalui lubang di tengah batu, terasa berada di bumi lain terasing dari hiruk pikuk manusia.
Subhanallah rasa kerdil dan kecilnya kita berbanding ciptaan Allah yang lain, apalagi jika dibandingkan dengan Allah Tuhan yang Maha Mencipta.
Unik kan, macam pin bowling
Subhanallah, walau kering & kontang, masih ada flora yang teguh hidup di situ. Semua dengan izinnya Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Salam perkenalan dari Madain Salleh

Kisah Raya di Arab Saudi