Rumah kami Syurga Dunia kami
Rumah kami Syurga Dunia kami
Segala puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam, pujian hanyalah selayaknya untuk Allah, kita manusia tiada sedikit pun kelayakan untuk mengambil hak itu kerana kita hamba dan Dia Raja. Titipan rezeki Allah pada kita bukan untuk dibangga bangga namun untuk dimanfaatkan agar kita kembalikan nikmat itu di jalan Allah.Antara perkara yang menarik sepanjang berhijrah ke Saudi, roh Ramadhan itu sangat terasa. Premis premis pasar raya dan rumah kediaman dihias rapi dengan banner ramadhan serta dekorasi yang berjaya mencetuskan semangat untuk beramal sepanjang ramadhan. Kami sekeluarga juga tidak melepaskan detik ini untuk sama sama bekerjasama menghias rumah dan bergotong royong membersihkan rumah, bagaikan orang Malaysia nak sambut hari raya. Tapi di sini sambutan ramadhan MasyAllah, Tabarakallah. Tak Sabar rasanya menanti Ramadhan tiba tahun ini. 1442 H. Semoga Allah izinkan kesempatan RAMADHAN & LAILATULQADAR.
suasana ruang tamu sepanjang Ramadhan |
Gambar kenangan Ramadhan Tahun lepas bersama seisi rumah menghidupkan roh Ramadhan dengan pelbagai aktiviti yang dirancang seperti memasang banner yang dibuat sendiri, menyediakan buku program Ihya Ramadhan agar mudah anak anak merujuk tentang pengisian aktiviti.
Kediaman kami juga Allah hidangkan pemandangan awan, bulan, matahari yang cukup indah untuk dinikmati. Saban hari sepanjang berada di bumi Saudi ini, lakaran langit siang dan malam begitu menyentuh jiwa.
rintihan anak anak bila tak dapat balik beraya di Malaysia |
hobi umi mereka, percubaan menanam cabai |
Kisah daun kangkung yang segan nak hidup
Kisah Tok tunggu kami balik |
Merehatkan mata seketika jauh dari kanta
Ilham datang, patut la butang baju banyak hilangš¤
semoga keluargaku ini menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah |
cuba teknik baru...hahaha..kesian summer kan... |
Jadilah buat merendang kan Alhamdulillah |
Percubaan demi percubaan
Pemandangan kawasan rumah kami
Setiap pagi inilah kerja umi, ngintai burung
MasyAllah Tabarakallah |
Tiada yang lebih sempurna melainkan dengan qadarNya Allah |
Comments
Post a Comment