Posts

Tadabur Al Insan

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: وَدَا نِيَةً عَلَيْهِمْ ظِلٰلُهَا وَذُلِّلَتْ قُطُوْفُهَا تَذْلِيْلًا wa daaniyatan 'alaihim zhilaaluhaa wa zullilat quthuufuhaa tazliilaa "Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya." (QS. Al-Insan 76: Ayat 14) وَدَا نِيَةً-and the near or hanging low. Remember دانية which means to be low so meaning one that is hanging low or also for just near. Dunya is call dunya, why? Because it is near compare tu akhirat. So, وَدَا نِيَةً عَلَيْهِم -near over them  ظِلٰلُهَا -it shades plural of the word ظل(zhil), what is ظل(zhil)?- it is mean shadow or shade. Meaning the shadow is not far, they near above them.  وَذُلِّلَتْ -and it will be lowered, what will be lowered?  قُطُوْفُهَا -it's cluster, meaning it's food that is ready to pick. How???  تَذْلِيْلًا-completely and fully lowered and brought down, same root with  (zullila)تذليل،

Bicara Allah dalam Al Quran

Image
Tafser & Tadabbur surah Al Mursalat  Ibnu Masud Radhiyallahuanhu berkata, semasa mereka bersama Nabi Saw di satu gua di Mina, surah Al Mursalat telah diwahyukan kepada Nabi  Saw.  Nabi Muhammad Saw telah membaca surah Al Mursalat, ayat demi ayat. Ibnu Masud berkata, Aku belajar terus daripada mulut Nabi Saw selepas baginda membaca surah tersebut.   Para sahabat belajar ayat Quran yang diwahyukan melalui Jibrail kepada Nabi Saw dengan mendengar sendiri daripada Baginda. Ibnu Masud berkata, *Semasa Baginda Nabi Saw membaca surah Al Mursalat, seekor ular melompat keluar ke arah mereka lalu baginda Nabi Saw berkata, bunuhlah ia.* Ini kerana ular itu hampir sampai ke arah mereka. Ibnu Masud berkata,  *Kami dengan cepat mengejar ular itu, tetapi ia telah melarikan diri* Lantas Nabi Saw berkata, *Ia telah selamat dari bahaya kamu seperti mana kamu selamat dari bahayanya.*                                                 Hadis Riwayat Bukhari Ibnu Abbas b

Menzahirkan minat botani di negara pasir berdengung

Image
Semoga ada sinar hendak nya dah masak... MasyAllahu la quata illa billah pemandangan awan yang menenangkan sudut mencari damai Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: وَّاَنْزَلْنَا مِنَ الْمُعْصِرٰتِ مَآءً ثَجَّا جًا  "Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, -" (QS. An-Naba' 78: Ayat 14) لِّـنُخْرِجَ بِهٖ حَبًّا وَّنَبَا تًا  "Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -" (QS. An-Naba' 78: Ayat 15) Secangkir teh beraroma mint tanaman di roof top, MasyAllah nikmat. Sawi, tunggu tempoh matang untuk dipetik Dengan izin Allah semuanya segar, Subhanallah MasyAllah, macam tak percaya ja tanam cili di Saudi Subhanallah serai pemberian kawan suami pun Allah izinkan hidup juga Umi spray air rebusan bunga cengkih dan sedikit sunlight bagi menghapuskan serangga perosak yang menggig

lemang perantauan

Image

Nasi Saydiya... Subhanallah..sedap sangat

Image
Assalamualaikum, posting umi kali ini berkenaan salah satu nasi yang terkenal di Arab Saudi. Sekali pandang macam ditambah kicap saja, tapi sebenarnya Nasi Saydiya ni bukan nasi berkicap, warna rempahnya saja membuatkan nasi ini seolah ditambah kicap.  Sedap nasinya dimakan pula dengan sotong dan udang goreng tepung ala ala kedai makan Thailand. Lauk utamanya adalah ikan goreng rangup yang MasyAllah memamg sedap. Lebih sedap makan panas panas di tepi laut...aduhh dia punya nikmat payah nak cerita. Umi dan family selalu makan di restoran dekat port di Balad Yanbu. Yang bestnya bila pergi ja mesti ada seorang pekerja Indonesia buatkan sambal cabai rawit, fuhhh memang terangkat dan bertambah tambah makan bila cicah ikan goreng dengan sambal. Macam mana nak makan nasi ni???? Nasi ni dimakan bersama air asam jawa dan laban, susu masam ala ala yogurt gitewww...ada pulak hirisan bawang besar, memang menaikkan selera. Dah hampir 10 tahun di bumi Saudi umi masih tak nak belajar masak nasi n

Movie Night anak remaja for farewell

Image
Nak jemput kawan kawan untuk movie night", kata mereka. Umi layankan saja dengan syarat umi tidak turut serta dalam event ini. Fikir lah sendiri tentang segala persiapan agar kawan  rasa dihargai dan seronok nak datang lagi. ☺️ Kata mereka, selepas ini entah bila lagi berpeluang merakam memori dan detik bahagia bersama rakan yang mereka rasakan istimewa dan selesa. Masing masing akan berjauhan selepas ini membawa hala tuju yang tertulis. Demi kawan kawan yang istimewa mereka sanggup, itulah dunia anak remaja. Umi tidak melarang malah menghargai dan menghormati persahabatan kalian,  cukup hanya sedikit panduan, kerana umi juga pernah punya rakan taulan suatu ketika dulu, kini dan selamanya. Umi tidak mengharapkan kesempurnaan dari kalian kerana umi pun tidak pernah sempurna. Andai sempurna yang dikejar maka tidaklah Allah jadikan dunia kerana dunia sifatnya memang tidak akan pernah sempurna, tetapi Allah jadikan syurga yang penuh dengan kesempurnaan kelak supaya kita sa

Bahulu arwah mak lagi best.

Image