Posts

Showing posts from November, 2021

Pos KualaMu, mengembalikan zaman kanak kanak

Image
Sejauh mana kita melangkah Setinggi mana kita terbang Seluas mana kita menapak bumi Secemerlang mana pun pencapaian diri Yang kita tetap pasak dalam hati dan jiwa adalah agama yang benar dan asal diri juga keturunan melayu jati dulu dan kini selamanya. Hujan emas di negara orang Hujan batu di negara sendiri Walau elok ditempat orang Hati terpaut tempat sendiri Sejuk melihat elemen air di Pos KualaMu Subhanallah, terasa hidup pada zaman 60 an Tingkap yang unik seolah hidup pada zaman P.Ramlee dalam cerita Pendekar Bujang Lapok Masakan yang simple tetapi sungguh berselera Sambal sardin dengan telur dadar ja pun, selesai nasi satu periuk Sesuai untuk berkhemah Kopi o & nasi goreng untuk sarapan di tepi anak sungai Rumah orang asli di Pos KualaMu Chalet dengan kemudahan kelambu, ish memang menggamit memori zaman umi kanak kanak, padahal tak ada nyamuk pun

Old Town Al Ula, pesta ala cowboy di Saudi

Image

Hati berbunga indah

Image
Assalamualaikum wrt wbt, minggu ini, minggu cuti sekolah dan universiti bagi seluruh Saudi. Kebiasaannya umi sibuk di dapur menyiapkan bekalan untuk bermusafir ke lokasi lokasi menarik di sini. Tapi cuti kali ini ayah putuskan untuk rehat di rumah sahaja, sekali sekala keluar ke tepi pantai 'picnic' gaya arab.  Umi ok saja lagipun apabila sudah mula bercucuk tanam sayur di roof top agak sukar untuk meninggalkan rumah dalam jangka waktu yang lama.  Jadi aktiviti hanya sekitar Yanbu, Jeddah sahaja. In Shaa Allah cuti Januari nanti kita rancang musafir ke tempat lain. Petang petang makan aiskrim cherry berry Hermmm Subhanallah memang nikmat   sungguh aiskrim kesukaan umi ini. Yanbu adalah salah satu lokasi yang dikelilingi laut merah. Maka tidak hairanlah penduduk di sini termasuk umi dan keluarga selalu meluangkan masa berkelah. Tambahan pula musim sejuk sedang menjengah menjadikan aktiviti berkelah di luar sangat santai dengan suhu waktu siang

Historical Yanbu

Image
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Tiba tiba malam ni terasa sangat nak berkongsi perasaan rasa santai  orang tempatan arab kepada semua kerana malam ini Allah izinkan, cuaca yang cukup segar memberi damai, ditambah pula dengan tiupan angin sepoi sepoi di tepi laut. Allah izinkan jua bau kopi arab yang mampu menggamit langkah pengunjung untuk duduk sembang dan libur. Sebenarnya masih luas  tradisi arab yang masih belum kita gali dan belum kita ambil peduli. Sejak dahulu kala pemikiran dan persepsi kita seolah dipaku kuat mengandaikan pakaian jubah mereka itu melambangkan begitu beragamanya mereka dalam kehidupan seharian. Walhal mereka juga seperti kita masih terumbang ambing tentang ilmu agama, masih menggali untuk diguna pakai dalam kehidupan seharian sepertinya kita, masih ada ruang ruang kosong dalam jiwa yang perlu diisi iman yang juga saling tak tumpah sepertinya kita selaku saudara seagama mereka.  Dengan hanya kerana dua kota suci dibangunkan ditempat mereka kita