Posts

Showing posts from September, 2021

kurma rutab

Image
Assalamualaikum anak anak umi, hari ini kita bercerita tentang kurma rutab dari saudi. Kurma rutab ni, adalah kurma segar dari pokok, tidak ada proses pengeringan. Kebetulan semalam, jiran umi sedekah buah kurma rutab dari Al Qassem, kawasan ladang kurma terbesar di Saudi. Alhamdulillah, Allah tu baikkan, umi baru saja teringin nak makan kurma rutab ni, tiba tiba datang rezeki dengan izinNya. Pertama kali datang Saudi 10 tahun yang lalu, Allah izinkan umi merasa kurma rutab. Kalau dapat yang muda rasanya kelat kelat tetapi manis. Subhanallah sedap sangat. Umi memang suka kurma rutab ni. Cuma kalau dapat kurma rutab ni harus diletak dalam peti sejuk kerana ia cepat sangat masak dan berubah warna serta menjadi lembut. Musim panas adalah musim menuai kurma kerana waktu ini kurmanya sudah sesuai dipetik. Tapi umi kena beringat juga, sebab si diebetic ni selalu sangat suka berdamping dengan umi. Ini pokok kurma sewaktu makan pagi di tepi pantai Balad. Geram ja umi te

resepi pumpkin soup dan garlic bread

Image
Resepi Pumpkin soup Bahan Pumpkin Garam Rosemary Minyak zaitun Heavy cream Kiub ayam Cara 1. Potong labu dan buang kulitnya dan letak di atas dulang pembakar. 2. Taburkan pumpkin dengan rosemary, garam dan minyak zaitun. 3.Bakar sehingga lembut dan blender halus bersama sedikit air. 4. Masukkan ke dalam periuk dan panaskan. 5. Masukkan heavy cream dan kiub ayam, kacau sehingga masak. 6. Bolehlah dimakan bersama roti. yang ni umi makan dengan homemade roti ya. Untuk garlic bread, cara umi simple sahaja, potong roti dan bakar sehingga kekuningan. Kemudian umi ambil 3 ulas bawang putih, umi katok dan sagat pada setiap roti. Ermm memang ada bau dan rasa garlic apabila kita makan roti.

galeri kreatip konon kononnya

Image
Persiapan Ramadhan tahun 2022, maklumla budget ciput tapi Alhamdulillah sebagai isteri perlu optimumkan barang yang sedia ada. Pinggan microvawe yang disimpan agak lama selepas microvawe yang telah rosak, dibuang. Alhamdulillah ada juga manfaatnya apabila diganding bersama kepingan sabun yang dibuat sendiri satu ketika dulu, Subhanallah masih wangi haruman sabunnya.❤️ Bekas coklat Ferrero Rocher yang dihadiahkan daripada jiran depan rumah sebagai food gift 2 kali raya berturut turut. Sayang, sebab cantik kejadiannya maka kita ulang guna lagi untuk seri Ramadhan. Antara kreativiti yang dipamerkan di Flower Festival Yanbu, Saudi. Entah tahun berapa, dah lupa Waktu tu berangan nak buka cafe, maka jadilah kafe verangan sampai la sekarang🤪 Lakaran anak tentang sesuatu yang pernah dia minati sehingga sekarang Jubah anak anak yang dah tak boleh pakai, kita jahit lace letak di sofa hahaha Masa kemas buku anak

Jalan jalan menuju kedamaian hati

Image
Asssalamualaikum anak anak ami(umi), semoga Allah mengurniakan keberkatan masa dan usia yang berpanjangan pada kita. Dan semoga Allah menjadikan kita hamba hamba yang menjaga silaturrahim mengikut qadar yang Allah izinkan bersesuaian dengan kemampuan kita. Posting kali ini suka umi menyentuh perihal hati dan jiwa yang sentiasa inginkan ketenangan dan kedamaian. Lumrah manusia punya segalanya lemah kerana Allah ingin kita sering mengharap padaNya dalam melalui urusan dunia yang dinamakan ujian.  Semoga Allah sentiasa memberi kemudahan dan jalan keluar terbaik terhadap setiap permasalahan. Tafsir lengkap dan penerangan yang ilmiah dari Ustazah Taimiyyah Zubir sejurus selepas solat subuh. Macam macam kelaku anak anak waktu ini, maklumlah rasa mengantuk masih ada ditambah pula dengan bisikan bisikan syaitan yang tersembunyi untuk menghalang manusia jauh dari ilmu Allah. Ada yang jaga tapi sebenarnya lena 🤭, ada yang fokus tapi masih ada kurang sempurna, ada yang me