Posts

Showing posts from June, 2020

Kisah Raya di Arab Saudi

Image
                                                       Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Tahun ini merupakan tahun kedua kami sekeluarga beraya di perantauan negara pasir berdengung Arab Saudi. Persiapan serba sederhana namun tetap meriah dalam lingkungan 6 beranak dengan cara kami. Tiada air mata berlinangan seperti tahun pertama yang lalu.  Masing masing sudah dapat menyesuaikan diri. cuma sesekali terdengar juga luahan anak anak sedih tidak dapat beraya bersama atuk dan sanak saudara yang lain seperti yang telah dirancang sebelum ini.  Semua aturan Allah, tiada upaya makhluk menyangkal segala rahsia Hikmah Allah ini. Orang mukmin sejati tidak perlu bersedih kerana kita telah sinonim dengan kalimah "Hikmah " yang membawa maksud berupaya memahami rahsia rahsia Allah pada setiap qada' dan qadarnya. Hakikat men...

Lailatul Qadar

Image
Subhanallah Alhamdulillah  Allahuakbar  Sungguh terang langit petang ini,secerah sinar harapan Allah kurnia pada kita hamba hambanya untuk yang taat maupun yang rancak bermaksiat,Allah tetap tebarkan RahmatNya kerana Rahmat Allah melebihi murkaNya Dia. Apakah Rahmat yang semakin dekat dengan kita? Tentulah Lailatul Qadar.Malam yang punyai nilai yang hebat dan dapat menentukan taqdir dalam kehidupan makhluk selepas ini. Allah mampu menghilangkan taqdir kita yang lama dan menggantikan dengan taqdir yang baru dengan KUN FA YA KUN. Malam Qadar semakin menjengah, adakah Kita sudah bersedia menyambut kehadirannya? atau masih samar samar leka dibuai nikmat dunia. Hadirnya bak bunga mekar mewangi penyeri taman hati tapi hanya setahun sekali nikmat dari Ilahi. Apabila ia pergi, setahun lagi akan kembali atau Kita yang dulu kembali pergi. Semoga Kita memperoleh malam Qadar itu. Sesungguhnya kita telah hampir dengan malam penuh rahsia Allah, malam yang lebih baik dari 1000 bulan dan mala...

Salam perkenalan dari Madain Salleh

Image
Pemandangan dari pintu masuk ke penempatan kaum Thamud                                                                Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, semoga kita semua sentiasa di dalam naungan kasih sayang Allah. Ini adalah posting yang pertama setelah hampir 8 tahun berkelana di bumi Anbiya. maka posting ini menjadi pilihan kerana ada pelbagai sudut ibrah yang boleh diambil manfaat dalam menjadikan inti teras hidup kita lebih bermakna, In Shaa Allah.p osting ini mengisahkan tentang lawatan kami sekeluarga ke Madain Saleh, Al Ula, Saudi Arabia. Kunjungan ke lokasi lokasi yang pernah Allah turunkan bala dan balasan atas kezaliman manusia sendiri, tidaklah sama dengan berkunjung ke tempat tempat lain diatas muka bumi Allah ini. Kita tidak seharu...