Goreng pisang master chef
Assalamualaikum anak anak, hari ini umi suka nak berkongsi resepi salutan tepung untuk pisang goreng. Memandangkan ayah kurang gemar tepung ready made dalam kotak dari brand ADABI atau jenama lain, jadi umi terpaksa buat sendiri tepung salutannya. Nak dijadikan cerita umi terjumpa satu resepi daripada salah seorang peserta Masterchef Malaysia yang berasal dari utara. Umi sangat suka mengikuti posting beliau yang banyak berkongsi moment beliau dengan ibunya yang menjangkau usia 90 an. Perkongsiannya tentang kehidupannya bersama ibu beliau telah menggamit memori umi pada ayah ( Mohmad Zahid) yang suatu ketika dulu pernah menobatkan arwah atuk zainab dalam hatinya. Ayah melayan arwah atuk Zainab seperti seorang raja, Subhanallah semua dengan izin Allah. Subhanallah perkenalan muka buku bersama beliau telah mewujudkan kepercayaan beliau pada umi sehinggakan beliau berkongsi lagi beberapa resepi simpanan beliau pada umi. Kini beliau dan ibunya telah kembali ke pangkuan ilahi,