Posts

Showing posts from May, 2021

Umrah 5 Malam Terakhir Ramadhan

Image
Rindu yang tidak pernah pudar, Rindu yang tiada bertepian, Rindu hamba pada destinasi cinta Raja, Rindu seorang musafir sepanjang jejak itu telah melunak jiwa, membuka mindanya kerana hukum Allah terzahir mengikut kehendakNya melalui alam dan perbendaharaanNya. Alhamdulillah,  Puji dan syukur pada Allah Zat Yang Maha Mulia. Memberi nikmat dan ujian pada sesiapa yang ditakdirkanNya.  Nikmat dan ujian itu silih berganti selagi manusia mendiami  dunia, kerana dunia medan manusia diuji dengan segala cabang keupayaan. Manakala akhirat medan terima segala balasan kebaikan dan keburukan hasil niat amalan ikhlas atau pun khilaf. Sepanjang hampir 10 tahun bermastautin di bumi Anbiya, tidak pernah sekali pun berpeluang menunaikan umrah pada ramadhan yang mulia.  Banyak kekangan yang perlu difikirkan. Itulah yang dinamakan rezeki. Walau kaki sudah jejak buminya namun rezeki kurang menyebelahi kami untuk bertandang menunaikan umrah pada ramadhan ramadhan yang la

klasik dan unik, tak lapok dek hujan tak lekang dek panas

Image

Raya 2021 Di Saudi

Image
Alhamdulillah, Aidilfitri tahun 2021 terasa lebih meriah berbanding tahun lalu kerana kerajaan Saudi membenarkan jemputan sekitar tidak lebih dari 20 orang untuk setiap perhimpunan. Maka masing masing mengadakan jamuan hari raya sesuai dengan keadaan semasa dan masih menjaga SOP. Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang turut sama menjemput sahabat handai dan jiran terdekat. Maklum lah, beraya di perantauan menuntut pengorbanan menyambut dari kejauhan saudara mara. Hanya sahabat handai dan jiran tetangga menjadi pengubat kerinduan dan memeriahkan suasana  Antara juadah untuk tetamu yang bertandang, nasi tomato dan set hidangan. Juadah terasa pedas Kerana stok cili kering dari Malaysia sudah kehabisan terpaksa menggunakan cili Afta di saudi. swiss tart yang sangat mudah resepinya, dan sangat sedap(anak anak yang cakap) Resepi yang sama cuma letak almond dan pewarna sebagai penyeri(sebenarnya nak habiskan almond yang banyak) Alm