Bicara Allah dalam Al Quran
Tafser & Tadabbur surah Al Mursalat Ibnu Masud Radhiyallahuanhu berkata, semasa mereka bersama Nabi Saw di satu gua di Mina, surah Al Mursalat telah diwahyukan kepada Nabi Saw. Nabi Muhammad Saw telah membaca surah Al Mursalat, ayat demi ayat. Ibnu Masud berkata, Aku belajar terus daripada mulut Nabi Saw selepas baginda membaca surah tersebut. Para sahabat belajar ayat Quran yang diwahyukan melalui Jibrail kepada Nabi Saw dengan mendengar sendiri daripada Baginda. Ibnu Masud berkata, *Semasa Baginda Nabi Saw membaca surah Al Mursalat, seekor ular melompat keluar ke arah mereka lalu baginda Nabi Saw berkata, bunuhlah ia.* Ini kerana ular itu hampir sampai ke arah mereka. Ibnu Masud berkata, *Kami dengan cepat mengejar ular itu, tetapi ia telah melarikan diri* Lantas Nabi Saw berkata, *Ia telah selamat dari bahaya kamu seperti mana kamu selamat dari bahayanya.* Hadis Riwayat Bukhari Ibnu Abbas b