Movie Night anak remaja for farewell
Nak jemput kawan kawan untuk movie night", kata mereka. Umi layankan saja dengan syarat umi tidak turut serta dalam event ini. Fikir lah sendiri tentang segala persiapan agar kawan rasa dihargai dan seronok nak datang lagi. ☺️ Kata mereka, selepas ini entah bila lagi berpeluang merakam memori dan detik bahagia bersama rakan yang mereka rasakan istimewa dan selesa. Masing masing akan berjauhan selepas ini membawa hala tuju yang tertulis. Demi kawan kawan yang istimewa mereka sanggup, itulah dunia anak remaja. Umi tidak melarang malah menghargai dan menghormati persahabatan kalian, cukup hanya sedikit panduan, kerana umi juga pernah punya rakan taulan suatu ketika dulu, kini dan selamanya. Umi tidak mengharapkan kesempurnaan dari kalian kerana umi pun tidak pernah sempurna. Andai sempurna yang dikejar maka tidaklah Allah jadikan dunia kerana dunia sifatnya memang tidak akan pernah sempurna, tetapi Allah jadikan syurga yang penuh dengan kesempurnaan kelak supaya kita sa