Posts

Showing posts from August, 2021

Anak Merdeka, Selamat Hari Merdeka

Image
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Anak merdeka dalam rumah ni awal awal lagi 'request' hadiah daripada ayah. Kata ayah, "hari hari ayah dah bagi hadiah".😁 Kata Ami(umi), "nanti In Shaa Allah kita buat kek, In Shaa Allah". Kata Abang," nanti kita main superhero dua orang ok".(teman bermain) Kata kak mawaddah, "kakak mana ada duit, kakak sekolah lagi".(teman gaduh kejap dan baik kejap) Kata kak safiyyah," alah dah banyak hadiah dah dapat".(teman menyakat anak merdeka dalam rumah). Apa pun jawapan seisi rumah tentang hadiah , bukanlah mengelak atau tidak mengendahkan, cuma ianya bukan keutamaan dalam kehidupan kami. Bab hadiah ni, tak payah tunggu hari jadi. Agaknya latar belakang kami, ibu dan ayah dari keluarga yang bukan senang, memberi tempias kepada cara meraikan hari jadi. Namun tetap menyambut dengan cara tersendiri yang penting " happy". Selamat Hari Jadi Muhammad Ilyas B Mohmad Zahid, semoga Alla

Kasih seorang Insan Dementia

Image
Lukisan keluarga bersama atuk dari tulus hati kakak mawaddah Inilah rumah yang menyaksikan keringat atuk membesarkan anak anaknya berpuluh tahun seorang diri. Hanya mengharapkan belas ihsan dari Allah dalam melayari kehidupan. Ayah sebagai menantu yang sentiasa menjadi supporter pada umi dalam menyantuni atuk sepanjang berada di Tanah Parit Nibong. Bukan senang menyantuni pesakit dementia, tersilap langkah rebah juga, namun Allah sentiasa kurnia sinar saban hari pada umi kerana dikelilingi oleh keluarga yang menjadi tulang belakang dan tempat bersandar tatkala dilanda badai Alhamdulillah atas kurniaan Allah. Biarpun di luar kita hanya orang biasa, namun hakikat sebenarnya kita bahagia. Bahagia itu tidak semestinya menjadi tontonan ramai, bahagia itu tidak semestinya diviralkan. Cukup sekadar kita yang tahu kerana nikmat yang Allah beri untuk kita merasakan tawadhuk merendah diri kepada Allah. Ujian Allah itu sebenarnya buah manis apabila kita redha.  Apabila

Goreng cempedak di luar pagar.

Image
Assalamualaikum, salam dari orang kampung. Buah cempedak di luar pagar  Ambil galah tolong jolokkkan Saya budak baru belajar  Kalau salah tolong tunjukkan. Kalau dah Allah kata rezeki kita, tak kemana, memang rezeki kita. Sejak kita anak beranak bawak balik atuk jaga di kampung rezeki makan hasil pokok buah kampung memang tak putus. Walau tak dak dusun tapi hasil pemberian jiran tetangga dan saudara mara memang meriah. Itu belum kira yang ayah beli dek kesian pada penjual di pasar. MasyAllah Tabarakallah. Sebenarnya umi nak cerita Al kisah nya umi dan ayah ronda ronda masuk jalan kampung yang baru, biasalah ayah ni memang peramah, bagi salam pada orang kampung sepanjang jalan.  Tiba tiba yang diberi Salam terus menjawab....bila dipandang lama rupanya sepupu ayah yang dah lama tak jumpa sedang menjolok buah cempedak...baunya semerbak. Diberinya ayah 3 biji cempedak yang cantik dan elok.  Allahuakbar baiknya Allah dan baiknya sepupu ayah. Jadi apa tunggu lagi, umi pun selinsi