Posts

Showing posts from April, 2021

Menakluki Kota Batu di bumi Al Ula , Saudi Arabia

Image
Assalamualaikum, posting kali ini ingin umi berkongsi keindahan dan kemegahan ciptaan Kota Batu di Al Ula, Saudi. Lebih kurang 5 jam perjalanan dari rumah di Yanbu Industrial City, kami memulakan perjalanan seawal pagi.  Memandangkan bumi Saudi ini tiada hentian R&R yang selesa seperti di Malaya, maka seperti biasa sebelum bertolak, umi berjoget di dapur menyediakan juadah sarapan pagi dan makan tengah hari. Memang menjadi kebiasaan setiap kali bermusafir umi dan sebahagian ibu ibu Malaysia di sini akan menyediakan bekalan untuk seisi keluarga. Jangan salah tafsir ya, bukanlah rajin tetapi tekak umi dah letih membaham makanan arab sepanjang bermusafir.🤭Setakat sehari boleh lagi tetapi lebih dari itu, ampun memang tekak umi, tekak melayu jati. Jabal Al Fil namanya sempena bentuknya seperti belalai gajah yang disebut Al Fil dalam bahasa arab Jabal Al Fil dipagari dengan pelepah nipah sebagai sempadan lokasi berbayar kepada pengunjung, kini orang t