Posts

Showing posts from February, 2021

Umrah Norma Baharu Zaman covid

Image
Assalamualaikum, post kali ini adalah berkisar tentang umrah norma baharu pada akhir Januari 2021 yang lalu.  Prosedur umrah norma baharu ini amat berbeza dan diselia ketat oleh pihak berwajib Saudi Arabia. Bermula dengan proses mendaftar sehingga selesai amalan umrah semuanya berserah pada Allah mengikut rezeki yang ditetapkan. Pihak kerajaan Saudi amat tegas dalam memastikan penularan wabak covid ini tidak tersebar dna rangakaian covid ini dapat terputus dengan jayanya. Alhamdulillah berdasarkan amatan sepanjang umrah tempoh hari, kerajaan Saudi sangat inovatif dalam memastikan kebersihan dan keselamatan jemaah umrah yang ada di Al Haram secara tidak langsung membuktikan Islam itu agama yang teliti, bersih dan selamat. Walau berbeza prosedurnya namun keutuhan tauhid tetap sama pada Allah Tuhan yang satu. Manasik Umrah tetap sama, namun dalam keadaan darurat, penutup muka diwajibkan setelah merujuk kepada fatwa setempat demi keselamatan jemaah umrah

Rumah kami Syurga Dunia kami

Image
Rumah kami Syurga Dunia kami   Alhamdulillah Segala puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam, pujian hanyalah selayaknya untuk Allah, kita manusia tiada sedikit pun kelayakan untuk mengambil hak itu kerana kita hamba dan Dia Raja.  Titipan rezeki Allah pada kita bukan untuk dibangga bangga namun untuk dimanfaatkan agar kita kembalikan nikmat itu di jalan Allah. Pada amatan umi, hidup ini adalah adaptasi dan penyesuaian diri dan tingkahlaku kita terhadap apa yang dianugerahkan agar tidak tampak terlebih @ ekstrim atau terlalu kurang sehinggakan menimbulkan kejanggalan yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit hati. Walau dalam apa pun  situasi, berlebihan itu tidak baik demi menjaga hati sendiri dan hati orang lain andai kita mampu sekali pun.   Dalam erti kata lain "Sederhana" itu lebih selamat kerana jalan sederhana membuatkan kita mudah untuk berhijrah dan memacu perancangan tanpa melibatkan banyak perkara.  Post kali ini hanyalah berkisar tentang kehidupan dan serba sedikit akt